Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Tangas Sebelum Kahwin Berbahaya? Ini Kata Pakar

by Soph.Azz
November 20, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

129
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Amalan bertangas sangat popular di negara Malaysia, Thailand dan Indonesia. Tangas sering dipraktikkan oleh kebanyakan wanita, termasuklah mereka yang mahu berkahwin.

Difahamkan amalan bertangas menggunakan bahan rempah ratus yang boleh menjaga kebersihan, elak kegatalan dan tegangkan otot faraj.

Walaupun amalan tangas ada kebaikannya, tetapi pakar Ob-Gyn melarang wanita untuk melakukannya. Tambah-tambah lagi wanita yang mahu berkahwin, kenapa ye?

Kenapa Tak Boleh Bertangas? 

Dipetik daripada Byrdie, Kelly Cuwell iaitu pakar Ob-Gyn mendedahkan tangas adalah amalan yang memberikan wap pada kulit vulva.

Foto – Pinterest

Tak dinafikan amalan ini dapat membersihkan faraj tetapi sebenarnya faraj kamu akan menghasilkan ketidakseimbangan bakteria secara semula jadi di dalamnya.

Jadi disebabkan oleh amalan tangas, ramai sebenarnya wanita di luar sana mengalami kerengsaan pada faraj atau alami masalah vaginosis bakteria.

Kesan Bertangas Pada Wanita Sebelum Kahwin

Antara kesan bertangas yang boleh terjadi pada wanita terutamanya mereka yang belum berkahwin adalah:

  • Kulit faraj boleh melecur 

Info untuk kamu, haba yang terhasil daripada rempah ratus yang dipanaskan boleh menyebabkan kulit di sekitar faraj menjadi melecur sehingga tahap dua.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama wap panas tersebut boleh menyebabkan tisu kulit rosak di kawasan pembukaan faraj, pundi kencing dan rektum. Malah faraj akan menjadi tak selesa dan gatal-gatal.

  • Dapat membunuh bakteria baik 

Selain itu bertangas juga sebenarnya mengganggu keseimbangan bakteria baik yang hidup dalam faraj. Apabila kerap melakukan tangas, faraj akan menjadi kering dan mudah bendasing masuk ke dalam faraj.

Keadaan faraj yang kering juga boleh membuatkan rahim terdedah pada kecederaan dan kerengsaan yang teruk.

  • Tidak menyeimbangkan hormon 

Ramai yang menyangkakan tangas boleh mengimbangkan dan menstabilkan hormon. Tetapi sebenarnya salah!

Foto – Pinterest

Hormon wanita dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak dan ovari. Bila lakukan amalan tangas, wap yang dihasilkan tidak akan mencapai kelenjar pituari dan akibatnya tidak boleh membantu mengimbangkan hormon.

  • Mewujudkan atau menghasilkan bakteria jahat 

Berdasarkan kajian yang dilakukan, amalan bertangas akan menyebabkan vaginal flora iaitu bakteria baik menjadi tidak seimbang.

Vaginal flora adalah kumpulan mikrob dalam faraj yang berfungsi melindungi rahim daripada pelbagai jenis jangkitan.

Foto – Pinterest

Apabila vagina flora tidak seimbang, kamu berisiko mendapat vaginosis bakteria iaitu penyakit di rahim yang disebabkan oleh bakteria jahat. Malah kamu juga berisiko mendapat jangkitan yis pada faraj.

Nak bersihkan faraj tak semestinya kamu perlu bertangas. Kamu boleh bersihkan faraj menggunakan air bersih, waxing dan pakai seluar dalam yang sesuai.

RUJUKAN

FILED UNDER amalan tangasbahaya bertangasBertangas
Share52SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.