Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sindrom Hanhart Bukan Penghalang! Makeup Artist Ini Tunjuk Skill Solek, Siap Buat Glam Look Lagi

by Soph.Azz
November 17, 2021
Foto - @gabeadams (TikTok) / @no_limbs_ (IG)

Foto - @gabeadams (TikTok) / @no_limbs_ (IG)

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sumpah speechless!

Siapa sangka individu yang lahir dengan sindrom Hanhart mempunyai bakat seperti ini.

Bukan apa, nak dapatkan hasil solekan sebegini pun bukan tentu orang biasa boleh lakukannya.

Sindrom Hanhart? Tak Jadi Masalah

Makeup artist, Gabe Adams-Wheatley merupakan individu yang menghidap sindrom Hanhart sejak lahir.

Foto – @no_limbs_ (IG)

Sindrom Hanhart jarang berlaku dan boleh berlaku kurang daripada 1 dalam 20,000 kanak-kanak. Sindrom ini adalah keadaan genetik yang menjejaskan perkembangan anggota badan.

Sumber: Rare Disease

Baru-baru ini Gabe telah mengejutkan orang ramai dengan bakatnya dalam bersolek. Tambah-tambah lagi bila dia tunjukkan cara untuk dapatkan solekan ‘Glam Look‘.

Foto – @no_limbs_ (IG)

Nampak susah tetapi bagi Gabe dia mempunyai cara tersendiri dalam mengenakan mekap tanpa bantuan orang lain.

Ada Cara Unik Untuk Pakai Mekap

Pada awalnya dia meletakkan span mekap dan concealer di atas meja. Dia kemudiannya menggerakkan kepala di sekelilingnya untuk menggunakan alat solek tersebut.

Foto – @gabeadams (TikTok)

Seterusnya untuk contour pula, Gabe meletakkan berus di tepi meja dan kepitkan dengan bahunya. Dia mula menggerakkan leher dan kepala untuk pastikan contour di bahagian pipi atasnya.

Foto – @gabeadams (TikTok)

Untuk solekan matanya, dia menukar berus untuk membuat smoky eyes dan menambah eyeliner pada waterline. Yang paling mengejutkan, Gabe memakai bulu mata palsu dengan cara yang mudah.

Dia hanya meletakkan bulu mata palsu di atas meja dan perlahan-lahan menolak muka padanya supaya ia lekat pada bulu mata asalnya.

Foto – @gabeadams (TikTok) / @no_limbs_ (IG)

Akhir sekali Gabe menyapu blusher dan lip gloss pada bibir untuk lengkapkan mekap ‘Glam Look‘.

@no_limbs_

It’s the #darknight vibes!🖤💜 #makeup #glam #grwm #makeuptutorial #smokyeye #eyelashes

♬ positions – Lex

Nampak mudah sebenarnya bila Gabe lakukannya, betul tak? Sumpah berbakat!

FILED UNDER gabe adam-wheatleysindrom hanharttiktok @gabeadams
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.