Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Jaga Muka Sedari Usia Muda, Emina Cosmetic Istimewa Untuk Gadis Remaja Di Malaysia

by Lisa AG
November 17, 2021
Foto - Emina

Foto - Emina

50
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa kata bila usia muda remaja tak perlu jaga muka. Eh, salah tu! Penjagaan muka sepatutnya sudah dititik berat sejak muda lagi, bukan bila dah mencecah usia 20-an atau 30-an baru nak mulakan rutin.

Pernah dengar tentang produk seberang Emina Cosmetics? Emina, jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja, telah memasuki pasaran Malaysia dengan rangkaian terpilih produknya yang boleh didapati secara eksklusif di Shopee.

Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, Emina direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja dan kehendak kehidupan remaja.

Foto – Emina

Bercakap mengenai kemusukan jenama itu ke Malaysia, Clarissa A. Gunawan, Ketua Kumpulan Emina Cosmetics berkata;

“Emina telah meletakkan dirinya sebagai salah satu jenama penjagaan kulit dan kismet terkemuka untuk gadis remaja. Ini kerana kami memahami mereka, kulit mereka dan matlamat kecantikan.

“Kami teruja untuk membawa kepakaran kami dalam kulit remaja ke pasaran Malaysia untuk menjadi sahabat kecantikan setiap gadis, melalui barisan produk terbaik kami. Kami berharap dapat menyemai semangat Emina di seluruh negara.

Mulakan Rutin Penjagaan Dengan Emina Bright Stuff Series

Emina membawa produk terlaris mereka Emina Bright Stuff Series, dirumus untuk menjaga kulit kusam dan mencerahkan kulit. Siri ini termasuk pembersih, toner, serum, pelembap, topeng muka, dan juga micellar.

Foto – Emina

Semua produk dalam siri ini diperkaya dengan ekstrak plum dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit.

Bukan sahaja menjaga kulit kusam, Emina Bright Stuff Series juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran. Ia juga dibuat dengan bahan-bahan yang selamat dan sesuai untuk kulit remaja.

BACA:  Beli Online Je! Kedai RM2 Ada Di Shopee Selain Kedai Eco

Tidak hanya untuk penjagaan muka, Emina juga membawakan koleksi mekap seperti mekap mata, bibir, muka dan alat kecantikan. Koleksi ini tertumpu pada formula ringan, mudah digunakan, berpatutan dan berkualiti untuk memastikan remaja kelihatan segar dan berasa yakin.

Foto – Emina

Emina kini boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di Shopee, dengan harga antara RM 6 hingga RM 35.20.

FILED UNDER eminaemina cosmeticsproduk indonesiaShopee
Share20SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.