Tak ada seorang pun yang tak mahu menjadi kaya. Bergantung pada masing-masing, ada yang mahu menjadi kaya menggunakan jalan pintas.
Macam lima wanita ini, bagi mereka nak capai kekayaan dalam sekelip mata itu adalah mudah. Caranya adalah menjual dara atau keperawanan mereka.
Jangan terkejut ye, ada yang sanggup menjual keperawanannya sehingga mencecah harga RM11 juta.
#1 Lia (England)
Menjual keperawanan pada harga hampir RM7K, seorang ahli parti konservatif di Britain telah membeli seorang gadis yang bernama Lia.
Akui Lia, dia menjual daranya untuk mendapatkan wang bagi melanjutkan pengajiannya dan tidak mahu hidup dalam kesusahan.
“Saya mahu mendapat kerja mengikut bidang pendidikan yang saya minati. Tetapi sebelum ini saya tidak dapat lakukannya kerana terpaksa bekerja sambilan dan menghidapi masalah kewangan.”
#2 Mandy (Jerman)
Bekerja sebagai pramugari, Mandy mendedahkan dia tidak bertuah untuk memiliki jodoh. Disebabkan oleh berasa sunyi, dia memilih untuk menjual keperawanannya.
Mandy kemudiannya melelong keperawanannya dengan harga hampir RM2 juta. Wang itu digunakan untuk membantu keluarga dan kerjayanya. Dia juga mendermakan sebahagian wang untuk tujuan amal.
“Jadi anak dara pada usia 36 tahun itu tidak normal. Saya masih lagi berharap dapat berjumpa dengan lelaki kacak. Tak kiralah sama ada saya masih ada dara atau tidak, saya harap dia sayangkan saya.”
#3 Jasmine (Perancis)
Jasmine merupakan seorang pelajar di Perancis yang menjual keperawanannya dengan harga hampir RM7 juta menerusi laman web Cinderella Escorts.
“Saya terdesak dan memerlukan wang untuk perniagaan serta membayar sewa rumah, kereta dan barangan mahal untuk koleksi saya.”
Setelah dibida menerusi laman web tersebut, Jasmine ‘dibeli’ oleh seorang pekerja bank di Wall Street, New York. Akui Jasmine, hubungan mereka masih berterusan sehingga sekarang.
#4 Giselle (Amerika Syarikat)
Mahu menjadi kaya dengan cepat, Giselle yang berusia 19 tahun mengambil keputusan untuk menjual keperawanannya pada harga RM11K.
Menerusi Cinderella Escorts, Giselle ‘dibeli’ oleh ahli perdagangan dari Abu Dhabi. Sejurus mendapat bayarannya, Giselle membeli sebuah rumah, meneruskan pengajiannya dan mengembara ke beberapa buah negara.
#5 Mahbuba Mammadzada (Azerbaijan)
Gara-gara mahu membahagiakan ibunya, seorang model daripada Azerbaijan telah melelong keperawanannya dengan harga hampir RM11 juta.
Mahbuba mendedahkan dia gembira kerana keperawanannya itu telah ‘dibeli’ oleh seorang ahli politik dari Tokyo.
Kekayaan itu boleh datang daripada pelbagai sumber, jangan pula kamu ikuti cara ini ye.