Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

Bukan Untuk Cantik Jer! Rupanya Ini Sebab Utama Pramugari Harus Bersanggul Ketika Penerbangan

by Zainab Hadid
November 11, 2021
Foto: Airbus

Foto: Airbus

108
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apabila anda menaiki kapal terbang, anda mesti biasa lihat pramugari yang membuat sanggul pada rambut mereka. Selain nampak anggun dan cantik, ternyata ada sebab lain yang menyebabkan pramugari selalu menyanggulkan rambut mereka.

Dilaporkan oleh Daily Star, salah seorang pramugari syarikat penerbangan Kanada, Swoop, mendedahkan sebab pramugari itu menyanggul rambutnya ke belakang. Dalam video di akaun TikToknya @flyingkaylee, Kaylee berkata ia bukan hanya untuk penampilan sahaja.

@flyingkaylee

Reply to @goodvibes_kate safety and presentation #flightattendant #aviation #cabincrewstories #airplane #cabincrewlife #boeing737 #avgeek

♬ original sound – Kaylee the FA

“Ada sebab keselamatan. Kami perlu mempunyai kaedah tertentu yang dipanggil perisai asap (apabila kebakaran berlaku),” kata Kaylee dalam video itu.

“Jadi, jika ada kebakaran di atas kapal yang perlu kami padamkan, kami perlu memakai sesuatu yang membolehkan kami masih menghirup oksigen semasa kami memadamkan kebakaran,” sambungnya.

Kaylee berkata, alat perlindungan kebakaran itu dipakai ketat di leher. Jadi ia akan menjadi sukar untuk dipakai jika rambut panjang tidak disanggul.

Foto: MTUC

Namun bukan itu sahaja, pramugari juga diwajibkan membuat rambut sanggul mereka supaya lebih profesional ketika bertugas. Kayle berkata, jika tidak bersanggul, pramugari berambut panjang sudah tidak menunjukkan wajah apabila menunduk untuk melayan penumpang di tempat duduk mereka.

Video tersebut telah ditonton ribuan kali dan mendapat pelbagai komen di media sosial.

FILED UNDER pramugarirambut sanggulstewardess
Share43SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.