Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Memang Badan Nampak Sempurna, Tapi Ini Kesan Minum Serbuk Protein Kaki Gym Kena Tahu

by Lisa AG
November 9, 2021
Foto - Hey Spot Girl

Foto - Hey Spot Girl

66
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang luaran badan nampak sihat dan sempurna, tapi tahukah anda terdapat kesan sampingan tersembunyi jika terusan mengamalkan serbuk protein.

Paling utama adalah kandungan bahan pada serbuk protein, ia mungkin mengandungi gula tambahan, kalori atau bahan kimia toksik. Menambah serbuk protein pada segelas susu atau smoothie cara paling mudah untuk meningkatkan kesihatan. Lagipun, protein adalah penting untuk membina dan mengekalkan otot, kekuatan tulang, dan pelbagai fungsi badan.

Sebelum kita kongsikan kesan sampingan serbuk protein, kita kenali dulu apa itu serbuk protein untuk kurus.

Foto – Better Home & Garden

Dipetik dari Harvard Medical School, serbuk protein adalah sebatian komponen protein berbentuk serbuk yang berasa daripada tumbukan (kacang soya, kacang, beras, kentang dan lain-lain), telur atau susu.

Serbuk ini juga mengandungi bahan lain seperti gula tambahan, bahan perasa, bahan pelikat, vitamin dan mineral. Jumlah protein setiap sudu boleh berbeza dari 10 hingga 30 gram.

Suplemen yang digunakan untuk membina otot mengandungi lebih banyak protein, dan suplemen yang digunakan untuk menurunkan berat badan mengandungi lebih sedikit.

Mungkin mengandungi gula tambahan dan kalori yang tinggi

Sesetengah serbuk protein mempunyai sedikit gula tambahan dan ada juga yang banyak, contohnya sebanyak 23 gram setiap sudu. Ada serbuk protein juga menukar segelas susu menjadi minuman dengan lebih 1,200 kalori.

Foto – Medical News Today

Ini boleh mendatangkan risiko seperti berlakunya penambahan berat badan dan lonjakan gula darah yang tidak sihat.

Boleh menyebabkan gangguan pencernaan

Contoh orang yang mengalami alahan tenusu atau masalah mencerna laktosa (gula susu) boleh mengalami ketidakselesaan gastrousus jika mereka menggunaka serbuk protein berasaskan susu.

Mungkin mengandungi bahan tersembunyi

Meskipun semua produk perlu menyenaraikan kandungan bahan yang digunakan, namun ada risiko wujud bahan yang tersembunyi yang sebenarnya adalah berbahaya.

Mengandungi toksin pembawa penyakit

Jangan terkejut kerana kebanyakan serbuk protein mengandungi toksin yang berbahaya.

Foto – Popsugar

Hal ini merujuk pada kajian Clean Label Project, 134 jenis produk bagi 130 jenis toksin, didapati banyak serbuk protein yang mengandungi logam berat (plumbum, arsenik, kadmium, dan merkuri), bisphenol-A (BPA, yang digunakan untuk membuat plastik), racun perosak atau bahan cemar lain yang mempunyai kaitan dengan kanser dan keadaan kesihatan lain.

“Tidak disarankan penggunaan serbuk protein melainkan dengan arahan dan seliaan daripada doktor atau pakar,” jelas Kathy McManus, Pakar Diet dan Pengarah Jabatan Nutrisi dari Harvard-affiliated Brigham and Women’s Hospital.

FILED UNDER kaki gymkesan sampingan serbuk proteinSerbuk Protein
Share26SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.