Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Sebelum Kahwin Pastikan Kamu Sudah Ada 3 Benda Penting Ini!

by Soph.Azz
November 7, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

67
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang ramai yang kata seronok bila berkahwin tetapi tahukan anda nak berkahwin itu bukanlah satu perkara yang mudah. Malah ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas selepas berkahwin.

Tak kiralah lelaki atau perempuan, setiap individu pasti ada perkara yang mahu mereka capai sebelum berkahwin. Bagi Wanista, pasangan yang mahu berkahwin patut ada 3 benda ini sebelum berumah tangga.

#1 Kerja Tetap 

Selain penting untuk lelaki, wanita juga diharuskan untuk mempunyai kerja yang tetap. Bukan apa bila bekerja dan anda mempunyai pendapatan sendiri. Jadi bolehlah anda menyimpannya dan guna pada waktu kecemasan.

Foto – Pinterest

Jika tiada kerja yang tetap pun, anda juga boleh sertai untuk jadi dropship atau seller dalam talian. Bukan sahaja boleh isi masa terluang, malah anda juga dapat menghasilkan ‘duit tepi’ untuk simpanan sendiri.

#2 Kenderaan 

Tak kiralah sama ada motor atau kereta, yang penting kenderaan sendiri. Bila ada kenderaan sendiri, memang mudahlah untuk anda ke mana sahaja tanpa menyusahkan orang lain.

Foto – Pinterest

Kalau ada duit lebih anda boleh beli kereta yang murah dan selesa seperti Proton Axia ataupun Proton Saga. Yang penting beli ikut kemampuan anda okay?

#3 Rumah Yang Selesa 

Sekiranya sebelum berkahwin anda mempunyai wang simpanan lebih, cubalah beli rumah. Jika tidak mampu, menyewa sahaja pun sudah okay.

Foto – Pinterest

Bukan tak boleh duduk dengan keluarga mertua, tetapi bila duduk beramai-ramai anda tidak akan selesa dan terhad untuk melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Jadi itulah tiga perkara penting yang perlu anda capai dan ada sebelum berkahwin. Tak semestinya perlu bermewah, berbelanja ikut kemampuan dan keselesaan lebih baik.

Selamat beramal!

FILED UNDER impian sebelum kahwinkenderaan kahwinperkara penting sebelum kahwinrumah kahwin
Share27SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.