Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Selain ‘Speech Delay’, Ini Petanda Anak Kamu Mungkin Hidap Autisme

by Soph.Azz
November 5, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

125
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mak ayah mana yang tak risau bila anak lambat bercakap. Tambah-tambah lagi bila usia sudah mencecah 2 tahun atau 3 tahun. Memang tak senang duduk!

Lambat bercakap atau speech delay boleh menjadi tanda anak menghidapi penyakit autisme. Selain itu mak ayah perlu peka bahawa beberapa tanda ini boleh menjadi petunjuk bahawa anak memang menghidapi penyakit autisme.

Perkongsian seorang wanita di TikTok, berikut adalah tanda-tanda awal anak menghidapi autisme pada awal usia 2 tahun.

12 Tanda Awal Anak Hidapi Autisme 

Menerusi TikTok Eida Ilham, dia berkongsi bahawa anak yang mengalami speech delay boleh menjadi tanda bahawa anak menghidapi penyakit autisme.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, mak ayah juga perlu perhatikan beberapa tanda lain seperti:

  • Hand flapping (stimming) iaitu anak suka mengibas tangan untuk waktu tertentu terutamanya ketika berasa teruja atau gembira.
  • Kerap menyusun barang atau mainan dalam satu baris yang panjang.
  • Membuat aktiviti yang sama berulang kali walaupun diajarkan beberapa aktiviti lain.
GIF – GIFS.com
  • Tangan sentiasa memegang barang dan tidak akan lepaskannya.
  • Sentiasa berada dalam situasi yang berbeza iaitu dunianya sendiri.
  • Berlari pergi dan balik berulang-ulang kali tanpa berhenti.
  • Kerap melompat tanpa mengira situasi.

Stimmy Jumping

  • Pilih untuk duduk sendiri berbanding berkumpulan.
  • Tiada eye contact bila berkomunikasi atau bergaul.
  • Tak suka bergaul dengan kanak-kanak lain.
  • Lebih sukakan tempat yang sunyi berbanding tempat sesak dan bising.
  • Tidak respon bila nama dipanggil atau ditanya.
@eidailham

Sbrg kemusykilan, sila rujuk pada pakar. Rawatan awal sgt mbantu perkembangan anak. #autismawareness #speechdelay #asd #adhd #mildautism

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Apa Rawatan Yang Sesuai Untuk Anak Autisme? 

Menurut Portal MyHealth, kanak-kanak autisme akan diberikan rawatan multidisplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang yang berbeza.

Tujuan terapi dan rawatan ini adalah untuk mengatasi masalah berkaitan dengan perkembangan yang lambat. Bukan itu sahaja, rawatan ini mengajar  mereka untuk menguruskan diri, belajar dan berkomunikasi.

# Terapi Pertuturan-Bahasa 

Tetapi yang paling penting adalah rawatan pertuturan-bahasa kerana ia bertujuan untuk membantu kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Antara terapi pertuturan-bahasa adalah;

Foto – Pinterest
  • Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi yang melibatkan diagnosis awal terhadap kemahiran awal bahasa, pertuturan dan komunikasi anak autisme.
  • Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi yang meningkatkan kemahiran awal pertuturan, pemahaman dan kemahiran bermain.
  • Penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif (AAC) iaitu berfokus pada kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap atau mempunyai pertuturan yang terhad.

Bagi mak ayah yang sedar akan tanda-tanda di atas pada anak kamu, segera dapatkan rawatan daripada pakar. Ingat, tak terlambat untuk lakukan rawatan dan terapi bagi membantu perkembangan awal kanak-kanak.

 

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

FILED UNDER speech delaytanda autisme 2 tahuntanda kanak-kanak autisme
Share50SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.