Sumpah kejam gila!
Dirakam oleh CCTV, Hwang Ye Jin (HYJ), 24 tahun telah diserang secara fizikal dan dibunuh oleh teman lelakinya.
Teman lelaki HYJ, A telah memukul dan menyerangnya dengan ganas sehingga HYJ tidak sedarkan diri. Akibat daripada itu, HYJ dilaporkan telah meninggal dunia.
CCTV Rakam Perbuatan Teman Lelaki
Selepas dua bulan kematian HYJ, sebuah rakaman CCTV mengenai serangan teman lelaki HYJ telah tersebar di internet. Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana A mencederakan HYJ sehingga tidak sedarkan diri.
Dipetik daripada Koreaboo, A telah bergaduh dan menyerang secara fizikal sebelum HYJ tidak sedarkan diri. Kemudian, A telah mengheret HYJ masuk ke dalam lif untuk menuju ke tingkat 8.
Klip rakaman CCTV yang dikongsi oleh JTBC News pula menunjukkan leher HYJ telah membongkok dan wajahnya terseret di lantai. Darah di atas lantai pula menunjukkan betapa seriusnya kecederaannya pada ketika itu.
IKLAN
Wanita Meninggal Dunia, Alami 3 Kecederaan Parah
Selepas tular rakaman CCTV tersebut, siasatan polis mengesahkan HYJ telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. Dedah polis, serangan fizikal oleh A menyebabkan HYJ alami kerosakan dan kecederaan pada bahagian tengkorak, leher dan otak.
Selepas HYJ tidak menyedarkan diri, A dikatakan telah menghubungi unit kecemasan dan menipu bahawa dia telah gerakkan kepala HYJ. Malah secara tidak sengaja dia telah memukul dan HYJ pengsan disebabkan oleh mabuk.
Semalam (4/11/2021) merupakan perbicaraan pertama A atas tuduhan mencederakan dan membunuh HYJ. Semoga A diberikan hukuman yang setimpal dan adil!