Buat ibu bapa jangan pula kamu hairan melihat tompokan hitam di badan anak. Terutamanya di bahagian leher atau ketiak kerana ia bukanlah daki tetapi simptom diabetes.
Menurut perkongsian Dr. Zubaidi, tanda ini sangatlah bahaya kerana ini boleh juga membawa maksud kepada pertumbuhan kanser di organ dalaman seperti perut dan hati.
Baca perkongsiannya lebih lanjut di bawah;
Apa Benda Tompok Hitam Ini?
Tompok hitam di pelipat badan atau nama saintifiknya Acanthosis Nigrican adalah penyakit pigmentasi kulit yang sering berlaku di kawasan yang berlipat dan gelap.
Sekiranya kulit badan terjejas dengan tompokan hitam, kulit akan menjadi lebih tebal. Antara kawasan yang sering terjadinya Acanthosis Nigrican ini adalah ketiak, pangkal paha dan leher.
Apabila anak kamu mengalami tompokan hitam ini, anak kamu berisiko mendapat diabetes jenis 2.
Simptom Acanthosis Nigricans
Pada awalnya simptom ini terjadi ketika kulit berubah warna. Kebiasaannya ia akan berlaku secara perlahan-lahan. Tompokan hitam ini mempunyai bau yang busuk dan rasa gatal-gatal yang melampau.
https://giphy.com/gifs/potterythrow-pottery-throwdown-gptd-throw-down-oGjyLD0tNlJsleUP81
Tambahan pula Acanthosis Nigrican boleh terjadi pada mereka yang mempunyai:
- Rintangan insulin iaitu hormon yang dirembes oleh pankreas untuk membolehkan badan kamu menghasilkan gula.
- Gangguan hormon terutamanya pada mereka yang mempunyai penyakit sista ovari, tiriod dan kelenjar adrenal.
- Kanser seperti perut, kolon atau hati.
Kanak-Kanak Yang Berisiko Tinggi
Bagi kanak-kanak pula, golongan berikut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetes jenis dua iaitu kanak-kanak obesiti kerana semakin meningkat berat badan, semakin tinggi risiko Acanthosis Nigrican.
Manakala faktor keturunan juga menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu keluarga yang mempunyai sejarah penyakit diabetes.
Cara Rawatan
Walaupun tiada rawatan khusus untuk Acanthosis Nigricans, tetapi ada beberapa jenis rawatan yang boleh memulihkan warna dan tekstur kulit yang terjejas.
Antara rawatan yang boleh mengurangkan atau menghilangkan tompokan hitam ini adalah :
- Bersenam untuk turunkan berat badan jika obesiti menjadi punca utama gejala Acanthosis Nigricans.
- Berhenti ambil ubat-ubatan sekiranya tompokan hitam terjadi selepas memakannya.
- Menjalani pembedahan jika disebabkan oleh kanser kerana proses ini boleh kembalikan warna kulit yang normal.
Bagi ibu bapa, jangan pula kamu panik dan risau tetapi kalau nampak anak ada tompokan hitam, segera berjumpa dengan doktor okay?