Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

by Sofie Azizlan
November 1, 2021
Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

Foto - Womens Mania

2.8k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Belek-belek celah paha terkejut nampak celah makin hitam? Aduh macam mana nak putihkan?

Jangan risau okay! Setiap wanita memang suka menjaga penampilan diri tetapi bila bab celah-celah badan ini memang ada yang susah nak maintain bagi kekal putih.

Dalam entri kali ini, Wanista nak kongsikan beberapa cara yang boleh putihkan celah paha kamu dalam masa seminggu. Jom semak di bawah;

Gelinya Tengok, Kenapa Celah Paha Boleh Hitam?

Menurut Healthline celah paha menghasilkan lebih banyak melanin iaitu pigmen yang memberi warna pada kulit. Keadaan ini lebih dikenali sebagai hiperpigmentasi.

Foto – Styles At Life

Selain daripada itu ada beberapa faktor lain yang menyebabkan celah paha menjadi hitam seperti geseran kulit, tabiat menggaru dan ketidakseimbangan hormon.

Info untuk kamu, ada juga individu yang meletakkan losyen atau bedak di celah paha untuk kurangkan rasa melecet. Tetapi secara tidak sedar tabiat ini membuatkan celah paha merengsa, kemerahan seterusnya menjadi lebih hitam.

Petua Cerahkan Celah Paha, Memang Berkesan! 

Kalau tidak mahu menghabiskan wang untuk lakukan rawatan cerahkan paha di klinik estetik, kamu boleh juga amalkan beberapa petua ‘lama’ ini.

#1 Serbuk Tawas 

Orang dulu-dulu kalau nak jaga celah paha bagi putih, kebanyakan mereka akan gunakan serbuk tawas untuk atasi masalah ini.

Foto – Shopee

Cara gunanya adalah campurkan sesudu tawas dalam air. Ambil span dan celup dalam campuran tersebut sebelum gosok selama beberapa saat di celah paha.

Lakukan sekerap mungkin.

#2 Skrub Yogurt & Oat

Sesuai untuk individu yang mempunyai eczema, oat boleh merawatnya dan juga masalah kulit radang. Manakala yogurt pula mengandungi lactic acid yang boleh merawat kulit.

Foto – Pinterest

Berdasarkan nisbah 1:1, campurkan yogurt dan oat serta kacau sehingga jadi pes. Kemudian letak di bahagian celah paha dan gosok dengan lembut serta perlahan. Akhir sekali bilas dengan bersih.

IKLAN

Lakukan sebanyak 3 atau 4 kali seminggu.

#3 Skrub Gula, Madu & Lemon 

Selain boleh guna di wajah, skrub gula juga boleh guna di celah-celah badan lain kerana bahan ini sangat membantu dalam ‘membuang’ sel kulit mati.

Foto – Pinterest

Untuk skrub gula dan lemon, campurkan air perahan lemon, 1 sudu gula dan 1 sudu madu. Kacau rata dan sapu di celah kangkang. Gosok perlahan-lahan kemudian bilas dengan bersih.

Lakukan langkah ini sekerap mungkin semasa mandi.

#4 Pes Limau Nipis & Kapur Sirih 

Walaupun sedikit berasid, tetapi limau nipis sangat berkesan dalam memutihkan celah paha.

Foto – Keluarga

Pertama sekali campurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur. Kacau sehingga menjadi pes dan sapu di celah paha. Gosok selama 15 minit secara perlahan lahan dan bilas sehingga bersih.

Ulang sebanyak 3 kali seminggu.

#5 Perahan Lemon & Minyak Zaitun 

Untuk pengetahuan kamu, lemon mempunyai kandungan Vitamin C yang boleh atasi masalah hiperpigmentasi. Manakala minyak zaitun dapat melembapkan dan melembutkan kulit.

Foto – Pinterest

Caranya adalah campurkan beberapa sudu minyak zaitun dengan perahan air lemon dan kacau rata. Selepas itu ambil campuran tersebut dan gosok ke arah celah paha. Urut dan gosok selama 10 minit.

Lakukan langkah setiap kali mandi.

Jadi itulah beberapa petua untuk cerahkan celah paha. Nak cepat cerah, buat dengan kerap dan konsisten ye. Selamat beramal!

Tags: cara putihkan celah pahacelah paha hitamtips jaga celah paha
Share1124SendShare

Artikel Berkaitan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis
Kecantikan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis

by Iza B
July 2, 2022
0

Minuman manis bukan sahaja menyegarkan, malah mudah didapati di mana sahaja. Gerai penjaja, kafe kopi hipster dan boleh sedia sahaja...

Baca Lagi
Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu
Kecantikan

Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

by IamLisa
July 1, 2022
0

Cuba semak semula apa yang kamu makan kalau muka masih tak flawless dan glowing. Kenapa pemakanan penting? Apa yang kamu...

Baca Lagi
“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit
Kecantikan

“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Sekiranya kamu tak perasan, warna merah merupakan warna yang paling 'hot' dan popular pada tahun ini. Kebanyakan selebriti mewarnakan rambut...

Baca Lagi
Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius
Kecantikan

Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius

by IamLisa
July 1, 2022
0

Siapa yang mempunyai bulu mata bawah yang pendek, boleh cuba cara Selena Gomez yang viral ini. Kamu perlukan penyepit bulu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.