Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Orang Kata Ketap Gigi Waktu Tidur Tanda Ada Saka, Apa Pula Kata Sains?

by Soph.Azz
November 1, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

827
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dulu-dulu kalau orang tua dengar ada yang tidur sambil mengetap gigi, mereka akan kaitkannya dengan kerasukan saka. Menurut kamu sendiri, adakah tabiat ini melibatkan hal mistik?

Kalau dari sudut sains pula lain maksudnya bila ada orang tidur sambil mengetap gigi. Nak tahu apakah penyebabnya, baca perkongsian doktor gigi ini di bawah;

Doktor Gigi Kongsi Kenapa Ketap Gigi Terjadi

Kongsi thread di Twitter, doktor gigi iaitu Dr. Wani mendedahkan tabiat ketap gigi atau bruxism adalah perbuatan menggesel permukaan gigi atas dan bawah.

GIF – GIPHY

Tabiat ini boleh berlaku semasa seseorang sedang tidur atau dalam keadaan yang sedar. Malah mereka yang mempunyai masalah bruxism ini berkemungkinan dan tidak mengalami sebarang simptom.

Apakah Punca Ketap Gigi Kerap Berlaku?

Berdasarkan kajian yang dilakukan, tabiat mengetap gigi ketika tidur mempunyai perkaitan dengan genetik sebanyak 20% sehingga 50%.

Foto – Crosby Family Dental

Tetapi ada beberapa punca lain yang menyebabkan tabiat ini berlaku seperti:

  • Tekanan emosi seperti ketakutan, stress, marah dan kecewa
  • Kepribadian seseorang seperti agresif, kompetitif dan hiperaktif
  • Sleep apnea iaitu masalah nafas terhenti sebentar ketika tidur
  • Perubahan hormon
  • Susunan gigi yang tidak betul
  • Celebral palsy
  • Kedudukan tidur yang tidak betul

Ketap Gigi Waktu Tidur & Sedar, Ada Ke? 

Info untuk kamu selain terjadi pada waktu tidur, ketap gigi ini boleh terjadi pada siang hari juga tetapi dalam keadaan yang sedar dan tidak.

#1 Day Time Bruxism 

Foto – Pinterest

Tambah Dr. Wani, day time bruxism atau ketap gigi pada waktu siang boleh terjadi sama ada individu itu sedar atau tidak akan perbuatannya. Bagi kes ini, kebiasaannya individu itu memiliki habit parafunctional lain seperti menggigit kuku, pensel, lidah atau pipi.

#2 Nocturnal Bruxism

Manakala nocturnal bruxism pula terjadi ketika tidur iaitu keadaan yang tak sedar. Bila situasi ini terjadi, individu tersebut boleh mengalami beberapa masalah yang boleh menjejaskan struktur gigi seperti:

GIF – GIPHY
  • Permukaan gigi menjadi haus
  • Gigi menjadi lebih sensitif, ngilu ketika minum air sejuk
  • Sakit telinga dan rahang menjadi lenguh
  • Tampalan gigi menjadi rosak atau patah
  • Kerap sakit kepala waktu siang

Apa Perlu Buat Kalau Tabiat Ini Jadi Teruk? 

Bila ada orang yang menegur kamu tentang masalah tabiat ini, sudah semestinya kamu perlu segera lakukan temu janji dengan doktor.

Foto – Pinterest

Antara rawatan yang akan disyorkan adalah;

  1. Occlusal splint untuk pisahkan rahang atas dan bawah daripada kerosakan gigi. Boleh lakukan di klinik atau hospital kerana custom made mengikut bentuk gigi.
  2. Terapi atau cara menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian.
  3. Rawat kerosakan gigi seperti gigi haus, tampalan atau tooth reshaping.

Jangan pula kamu ingat tabiat ketap gigi ini mempunyai kaitan dengan saka, tetapi cepat-cepat dapatkan rawatan okay!

RUJUKAN

FILED UNDER kesan ketap gigiketap gigisakatabiat ketap gigi
Share331SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.