Pernah tengok patung “mugunghwa kochi piosseumnida” versi comel dan tak seram? Kalau nak tahu ‘patung’ tersebut adalah BLACKPINK Lisa!
Bersempena dengan Halloween, Lisa telah memuat naik gambarnya memakai kostum patung gergasi seperti dalam filem ‘Squid Game‘.
Walaupun tampil simple dengan baju kuning dan jumper-dress berwarna oren, ramai yang terpukau dengan kecomelan rapper kumpulan BLACKPINK ini.
Manakala rambutnya pula diikat menjadi dua ponytail yang kemas dengan pengikat rambut berwarna ungu. Untuk bahagian kakinya pula, dia memakai stokin putih separas paha dan loafer hitam.
Ditambah pula dengan solekan dan lipstik berwarna merah, memang nampak sama tetapi langsung tak seram ye.
Kalau comel macam ini, kena tembak ketika bermain “mugunghwa kochi piosseumnida” pun tak apa.