Adakah ini prank Halloween di Tokyo?
The Guardian melaporkan, seorang lelaki memakai kostum Joker telah ditahan kerana cubaan membunuh selepas serangan pisau dan api ke atas kereta api di Tokyo, dengan sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera dan seorang dalam keadaan serius selepas ditikam.
Menurut media tempatan The Yomiuri Shimbun, suspek berusia 26 tahun memberitahu polis bahawa dia menjadi marah apabila melihat wanita yang ‘kelihatan gembira’ dan mahu membunuh mereka.
京王線社内で火災発生 pic.twitter.com/94cLtJkDy4
— しずくβ (@siz33) October 31, 2021
Terdapat laporan mengatakan dia melemparkan asid hidroklorik semasa serangan itu, tetapi masih belum dapat disahkan lagi.
IKLAN
Orang Ramai Lintang Pukang Menyelamatkan Diri
Seorang pengguna Twitter memuat naik rakaman orang yang melarikan diri dari hujung gerabak kereta api sebelum asap mula memenuhi udara.
“Saya fikir ia adalah aksi Halloween. Kemudian, saya melihat seorang lelaki berjalan ke sini, perlahan-lahan mengacu pisau kepada orang ramai.”
京王線火災で逃げる人々 pic.twitter.com/ZfN1pD0C2V
— しずくβ (@siz33) October 31, 2021
Ada juga beberapa video lain yang menunjukkan penumpang panik sehingga cuba melarikan dari gerabak melalui tingkap.