Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Lipstick Patah Atau Rosak? Baikinya Dengan Cara Ini

by Soph.Azz
October 31, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

97
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Boleh frust menonggeng kalau lipstick kegemaran patah dan rosak!

Lipstick boleh dikatakan sebagai top product yang setiap wanita perlu ada. Tapi part yang paling tak best sekali, lipstick mudah sangat rosak atau patah ketika digunakan.

Kalau kamu alami perkara ini, jangan pula kamu buang lipstick tersebut. Tetapi baikinya semula dengan beberapa trik ini supaya tak terbazir.

#1 Tukar bekas lipstick yang baru 

Sama ada lipstick cair atau patah, cepat-cepat kamu pindahkannya ke bekas lipstick yang baru. Sebelum itu, pastikan bekas lipstick dalam keadaan yang bersih ye.

Foto – Pinterest

Cairkan lipstick tersebut dan dengan berhati-hati tuangkan acuan tersebut ke bekas baru. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk biarkannya beku sebelum digunakan.

#2 Cair? Bekukan lipstick di peti sejuk 

Kadang kala bila cuaca menjadi terlampau panas, lipstick kamu boleh cair tanpa disedari. Pertama sekali jangan panik tetapi buat macam ini:

Foto – Pinterest
  • Bagi lipstick yang meleleh di tepi bekas, lapkan sehingga bersih.
  • Lebihan cecair dalam bekas lipstick dibiarkan dan beku dalam peti sejuk.
  • Letak dalam posisi berdiri selama 30 minit atau sehingga betul beku.

#3 Lekatkan semula lipstick yang patah 

Lihat lipstick yang patah umpama hati terbelah dua, memang perit! Baiki semula lipstick yang patah dengan panaskan baki lipstick dalam bekasnya gunakan pengering rambut atau pemetik api.

Foto – Pinterest

Biarkan cair sedikit sebelum lekatkan kedua-dua bahagian yang patah. Selepas itu masukkan dalam peti sejuk dan biarkan ia beku sebelum guna seperti biasa.

#4  Panaskan dan bekukan balik lipstick yang hancur 

Bagi lipstick yang hancur pula, pindahkannya ke bekas yang bersih. Jika ada lebihan yang tersisa dalam bekas lipstick, panaskan dengan pengering rambut atau pemetik api untuk cairkannya.

Foto – Pinterest

Selepas itu, masukkan semula lipstick hancur ke dalam bekasnya dan tekan sehingga ianya menjadi padat. Biarkan lipstick tersebut di dalam peti sejuk untuk dibeku. Nak pakai lipstick, gunakan berus atau jari untuk menyapunya pada bibir.

Kalau ada lipstick patah atau cair, jangan pula kamu buang tapi buat macam di atas okay? Selamat beramal!

FILED UNDER cara baiki lipstick rosaklipstick rosaktrik baiki lipsticktrik jaga lipstick
Share39SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.