Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Sangat Sistematik! Wanita Kongsi Apa Yang Patut Letak Dalam Travel Kit Anak

by Soph.Azz
October 30, 2021
Foto - Hazirah Maulana (FB)

Foto - Hazirah Maulana (FB)

53
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berbanding ayah, mak-mak adalah orang yang paling sibuk sekali kalau bab mengemas barang. Tak kiralah nak balik kampung, staycation, melancong di dalam atau di luar negara. Daripada baju, makanan sehinggalah ubat-ubatan, memang semuanya akan disiapkan dengan lengkap.

Kali ini Wanista nak kongsikan tips daripada Facebook Hazirah Maulana. Katanya dalam banyak-banyak barang, travel medical kit anak adalah paling penting sekali.

“Travel Medical Kit” – Apa Yang Perlu Ada?

Kongsi Hazirah ketika dia sekeluarga bercuti, anaknya mula demam panas dan tiada sebarang ubat-ubatan dibawa. Sejak dari situlah baru dia tahu betapa pentingnya travel medical kit ini.

Tambahnya lagi travel medical kit ini perlu disediakan oleh setiap keluarga ketika mahu berjalan jauh. Nak tahu apa yang perlu ada dalam kit ini, semak di bawah;

Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Termometer sangat penting untuk mengetahui suhu badan anak. Tapi sebelum mulakan perjalanan, pastikan termometer berfungsi dengan baik.
  • Kool fever sangat bagus untuk meredakan demam anak. Jangan letak di bahagian kepala tetapi letak di bawah ketiak atau badan anak.
Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Ubat demam sangat penting! Tulis tarikh pembukaannya dan boleh hanya guna selama 2-3 minggu selepas dibuka.
  • Minyak Jerslin adalah minyak pelbagai guna. Boleh digunakan untuk luka atau gigitan nyamuk.
Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Sanitizer untuk disembur pada bahagian luka supaya bakteria tidak merebak.
  • Minyak gamat sesuai digunakan untuk merawat bahagian badan yang luka.
Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Dettol digunakan untuk mencuci luka pada badan anak.
  • Mozzie patch sangat berguna untuk menghalau nyamuk atau serangga pada badan anak. Hanya lekatkan pada badan sahaja.
  • Aspirator hidung elektronik untuk merawat masalah dengkur dan hidung tersumbat terutamanya bila di kawasan sejuk.
Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Losyen untuk penjagaan kulit.
Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Balm Tasneem untuk membuatkan anak mudah tidur dan boleh juga disapu pada dada jika batuk.
  • Minyak zaitun untuk diletakkan pada rambut anak.
  • Supplemen atau vitamin.
Foto – Hazirah Maulana (FB)
  • Alatan mandian yang lengkap.

Asingkan setiap satu barang mengikut jenisnya baru mudah untuk kamu ambil bila diperlukan. Semoga bermanfaat!

RUJUKAN

FILED UNDER senarai ubat anaktravel kittravel medical kit
Share21SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.