Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

KLFW 2021 Pamer 48 Koleksi Pereka Fesyen Tempatan, Ini Yang Paling Istimewa!

by Soph.Azz
October 29, 2021
Foto - KLFW 2021

Foto - KLFW 2021

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 bakal dilangsungkan di Pavillion selama tujuh hari. Bermula pada 1 November 2021 sehingga 7 November 2021, KLFW akan mempamerkan 48 koleksi ready-to-wear pereka fesyen tempatan.

KLFW 2021 Lebih Istimewa Kerana…

Berbeza daripada sebelum ini, KLFW 2021 bakal dilangsungkan dalam dua jenis pertunjukan iaitu secara maya dan juga secara fizikal.

Foto – KLFW 2021

Sebanyak 12 pereka fesyen tempatan seperti Andy Bandy, Celeste dan Cassey Gan bakal memulakan KLFW 2021 secara maya bersama dengan HURR.TV. Pertunjukan fesyen secara maya ini dijalankan selama dua hari bermula 1 November 2021 dan 2 November 2021.

Manakala 26 pertunjukan fesyen lagi dijalankan secara fizikal di Pavillion Kuala Lumpur selama 5 hari bermula 3 November 2021 sehingga 7 November 2021. Antara pereka fesyen tempatan yang terlibat adalah Rizman Ruzaini, Alia Bastamam dan Fizi Woo.

Ditaja Oleh Tiga Jenama Besar 

Pengasas KLFW, Andrew Tan mendedahkan KLFW 2021 pada tahun ini telah ditaja oleh tiga jenama besar dalam bidang automobil, teknologi dan perbankan.

Foto – KLFW 2021

Antara penaja KLFW 2021 adalah Lexus iaitu jenama mewah kereta Jepun, Samsung dan AmBank.

“Lexus dan KLFW 2021 merupakan rakan kongsi dalam perjalanan ini untuk mencari dan berhubung semula dengan orang ramai secara mendalam dan lebih bermakna”, kata Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia.
Foto – KLFW 2021
“Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada KLFW 2021 kerana di Samsung kami percaya detik ini memerlukan cara baru untuk ke hadapan di mana teknologi berfungsi untuk kita. Sesuai untuk masa kini, Galaxy Z siri direka untuk memadankan gaya harian kamu dengan reka bentuk ikonik dan warna”, kongsi Elain Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics.
Foto – KLFW 2021
BACA:  Intai SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic, Gaya Sporty Jadi Lebih Sofistikated!
“AmBank berbesar hati untuk menyokong pereka Malaysia memartabatkan industri fesyen melalui penajaan kami. KLFW merupakan platform penting untuk bakat tempatan terus bersinar dan mendapat peluang global”, dedah Dato’ Sulaiman bin Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank.

Thread Of Heritage & The Patung Project Turut Serta 

Pada masa yang sama, KLFW 2021 mengambil insiatif untuk menghidupkan semula Thread of Heritage iaitu A Truly Malaysian Textiles Exhibition. Pameran ini menampilkan rekaan batik yang disusun rapi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Foto – KLFW 2021

Manakala The Patung Project iaitu kerjasama antara KLFW, Taylor’s University dan Barbie Mattel akan mempamerkan siri anak patung Barbie yang berpakaian berdasarkan 4 tema. Antaranya adalah manik nyonya, sulaman tekat, kaligrafi dan inai.

Jangan lupa untuk ikuti KLFW 2021 secara maya di HURR.TV dan di Pavillion, Kuala Lumpur bermula 1-7 November 2021. Save the date!

FILED UNDER ambankklfw 2021lexusRaja Permaisuri Agong Malaysiasamsung
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.