Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Seksinya! Kenali Emilia Dobreva, Finalis Miss Universe Arab 2021 Yang Juga Seorang Peguam

by Zainab Hadid
October 28, 2021
85
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pertandingan Ratu Cantik atau Miss Universe pertama kalinya akan diadakan di negara Arab. Pertandingan ratu cantik ini akan diadakan secara rasmi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Mengikut dari perancangan, pertandingan ini akan diadakan di La Perle, Al Habtoor City, Dubai, pada 7 November ini.

Pertandingan ratu cantik ini terus mendapat perhatian banyak pihak memandangkan ini adalah kali pertama selepas 70 tahun negara Arab mengadakan acara Miss Universe.

Emilia Dobreva

Daripada 30 finalis Miss Universe UAE, ternyata ada seorang finalis yang cukup menarik perhatian. Ia adalah Emilia Dobreva (24). Emilia ialah seorang model yang dilahirkan di Pristina, Kosovo. Pada masa ini, dia tinggal di Nad Al Sheba, Dubai.

Seperti yang dilaporkan menerusi Conan Daily, dia memulakan kerjayanya sebagai model sejak tahun 2009. Sepanjang kariernya sebagai model, dia pernah menjadi penghias muka depan majalah terkemuka.

Foto – IG @emiliadobreva

Dengan ketinggian 180 cm, Emilia juga pernah menyertai beberapa pertandingan kecantikan. Pada 2016, dia mewakili Rusia di pertandingan Miss Union Baku 2016.

Dalam pertandingan ratu cantik itu, dia muncul sebagai runner-up kedua. Kemudian pada 2019, Emilia mewakili Serbia di Miss Friendship International 2019. Dalam peraduan itu, dia menang dan mengalahkan 45 finalis dari pelbagai bahagian dunia.

Foto – IG @emiliadobreva
Foto – IG @emiliadobreva

Dalam bidang pendidikan, wanita berusia 24 tahun itu terkenal sebagai seorang yang bijak dan berbakat. Dia dilaporkan mampu menguasai enam bahasa asing, termasuk Inggeris dan Cina.

Emilia sendiri telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang fesyen dari Istituto Marangoni, Milan, Itali. Selain itu, beliau juga memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang kewartawanan.

Foto – IG @emiliadobreva
Foto – IG @emiliadobreva

Emilia kini memiliki perniagaan fesyen bernama Dashuri. Selain sebagai model dan usahawan, Emilia juga menjalani kehidupan seharian sebagai penyampai TV dan peguam bela kesihatan mental.

Dah la cantik, bijak pula tu, harap boleh menjadi inspirasi buat para wanita di luar sana.

FILED UNDER Emilia DobrevaMiss Universe Arab 2021miss universe uae
Share34SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.