Pernah terfikir tak orang-orang dulu tak ada pun pergi drugstore, Sephora, SASA dan sebagainya untuk jaga kecantikan. Tetapi bagaimana mereka kekal cantik dan awet muda sepanjang masa?
Kalau kamu nak tahu, dulu-dulu ada beberapa petua kecantikan yang mereka amalkan untuk jaga kecantikan.
Untuk kali ini penulis nak kongsikan beberapa petua kecantikan yang boleh diguna pakai sehingga hari ini.
#1 Cara Hilangkan Parut
Lepas sahaja jerawat kecut confirm akan jadi parut, betul tak? Walaupun ada banyak produk yang boleh hilangkan parut, tetapi cara orang dulu-dulu lebih berkesan dan mudah dilakukan.
Pertama sekali, ambil daun lidah buaya dan cuci sehingga bersih. Kemudian, keluarkan isi yang berbentuk gel dan lendir itu ke dalam mangkuk. Hancurkan isinya dan campur dengan baby oil. Akhir sekali sapu setiap hari di bahagian parut.
#2 Wajah Putih & Pinkish
Kalau amalkan petua ini, tak perlu lagi kamu pakai blusher atau mekap tebal-tebal untuk dapatkan wajah yang putih dan pinkish.
Apa yang kamu perlu buat adalah ambil 1/2 cawan beras pulut dan rendam semalam. Esoknya ambil rendaman beras pulut dan kisar halus. Kemudian sapu di wajah sebanyak 2 kali seminggu. Bukan sahaja makin pinkish, kulit pun rasa lebih halus dan lembap saja.
#3 Tegangkan Kulit Muka
Makin usia bertambah, makin berkedut pula muka. Jangan risau, cara nak kurangkan dan elakkannya sangat mudah!
Ambil segenggam nasi dan kisar dengan sedikit air. Pastikan kisaran jadi pekat ye. Kemudian tambah telur ke dalamnya dan kisar sehingga rata. Bila sudah siap, sapu rata di wajah macam mask. Buat seminggu sekali.
#4 Elak Wajah Daripada Dinaiki Jerawat
Orang dulu-dulu hanya buat macam ini kalau nak elak wajah daripada dinaiki jerawat. Caranya adalah air basuhan beras yang pertama diketepikan dan dibiarkan sementara.
Kemudian mendapan kanji di bahagian bawah disimpan, manakala air jernih di atasnya dibuang. Sapukan mendapan kanji tersebut di wajah pada setiap pagi.
#5 Kulit Kekal Segar & Lembap
Malu orang tegur kulit kusam dan kering? Buat macam ini, pertama sekali ambil mangkuk atau besen dan letak di luar rumah pada waktu malam. Pastikan letak di bahagian yang tinggi dari tanah.
- GIF- GIPHY
Keesokan pagi, ambil mangkuk atau besen tersebut, lihat sama ada air embun ada atau tidak. Jika ada, ambil air embun dan sapu di wajah setiap hari. Ingat, jangan letak mangkuk atau besen ketika musim hujan pula ye.
Walaupun jarang ada kajian tentang petua ini, penulis sudah mencuba beberapa petua di atas. Memang menjadi!