Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

“Pintu Tandas Dalam Rumah Kena Tutup Rapat-Rapat”- Ini Sebabnya Dalam Agama Islam

by Opie Azizlan
October 28, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

25
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cuba kongsikan kamu suka pintu tandas terbuka atau tertutup rapat?

Tak kiralah dalam bilik tidur atau rumah, ada orang suka biarkan pintu tandas terbuka luas. Dan ada juga yang suka tutup dengan rapat.

Persoalannya yang mana satu lebih bagus, biarkan pintu tandas terbuka atau tutup pintu tandas? Kalau kamu nak tahu pandangan dari segi agama Islam, ini penjelasannya;

Oh, Sebab Ini Ada Tandas Dalam Bilik

Jika dilihat pada trend masa kini, kebanyakan reka bentuk rumah akan mempunyai tandas dalam bilik tidur. Tujuannya adalah untuk memberikan kemudahan pada penghuni bilik supaya tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.

Foto – Pinterest

Tetapi kalau berdasarkan agama Islam, bina tandas dalam bilik tidur sebenarnya tidak mematuhi syariah.

Kenapa Pula Tandas Dalam Bilik Tak Patuh Syariah?

Berdasarkan perkongsian Khairunnisa Hamzah, arkitek ini mendedahkan tandas tidak sesuai berada dalam rumah dan bilik memandangkan ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan.

“Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.

– Riwayat Hadis Al-Bukhari, no. 139.

Ujarnya apabila tandas berada dalam bilik, jin dan syaitan boleh terus masuk ke bilik tidur apabila pintu dibuka. Tambah-tambah lagi bila tandas berada di hadapan katil. Itu boleh menjadi punca kenapa suami isteri sering bergaduh.

‘Wajib’ Tutup Pintu Tandas Rapat-Rapat 

Walaupun tidak nampak dengan mata kasar, tetapi biarkan pintu terbuka dengan luas adalah tidak elok. Ini kerana jin dan syaitan boleh masuk ke ruangan rumah untuk  menganggu keluarga.

Foto – Pinterest

“Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minuman kalian” – Hadis riwayat Al-Bukhari (5624).

 “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).

Tambahan pula, jika kamu mahu elak daripada diganggu jin dan syaitan, keraplah amalkan beberapa cara berdasarkan agama Islam dan sebutlah nama Allah.

“Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.”

“Kalau Nak Buat Juga Tandas Dalam Bilik Macam Mana?”

Akui Khairunnisa sesetengah orang gemar untuk membuat tandas dalam bilik. Jadi apakah penyelesaiannya?

Foto – Feng Shui Beginner

Untuk bina tandas dalam bilik, kamu boleh pertimbangkan beberapa perkara seperti:

  • Rancang kedudukan tandas tersebut.
  • Bina tembok pemisah di antara tandas dan bilik tidur.
  • Jangan hadapkan pintu tandas ke tempat tidur.

Pada masa yang sama, nak masuk tandas pastikan kamu membaca doa sebelum dan selepas masuk tandas. Paling penting sekali, tutup rapat-rapat pintu tandas okay?

RUJUKAN

Tags: agama islamkeburukan tandas dalam bilikkesan tandas dalam biliktandas dalam bilik
Share10SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Pernah tak kamu terbangun daripada tidur antara jam 3 ke 4 pagi? Apa yang kamu buat? Elakkan tidur semula tapi...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Kes buli dalam negara tidak lagi asing apabila setiap tahun pasti ada kes buli yang dilaporkan. Kes-kes ini kebiasaannya melibatkan...

Baca Lagi
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

by Opie Azizlan
December 29, 2021
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu....

Baca Lagi
Foto - Mengaji Online
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by IamLisa
December 23, 2021
0

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.