Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Elak Anak Bosan Dengan 8 Rancangan Netflix Ini, Sesuai Untuk Bawah 4 Tahun

by Soph.Azz
October 26, 2021
Foto - Pinterest / Netflix

Foto - Pinterest / Netflix

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selain daripada berikan gajet pada anak, kebanyakan ibu bapa akan biarkan anak menonton televisyen (TV) sepanjang hari. Asalkan tidak menganggu kerja mereka.

Walaupun TV sebenarnya memberi kesan pada perkembangan anak, tetapi ibu bapa boleh elak dengan beberapa cara.

Antaranya buka rancangan yang sesuai untuk untuk perkembangan mindanya.

Cara Pilih Rancangan TV Yang Sesuai 

Menurut ahli Terapi Carakerja, Maryam Jamadi mendedahkan ibu bapa perlu mainkan peranan penting kerana otak kanak-kanak berkembang sehingga 80% semasa 3 tahun pertama.

Foto – Pinterest

Jadi bila kamu nak biarkan anak menonton TV, cuba dedahkan mereka dengan pelbagai rancangan TV yang bermanfaat dan sesuai untuk usia mereka.

Antara rancangan atau program yang sesuai untuk anak di bawah 4 tahun adalah masakan, laut, haiwan dan binatang, pendidikan, melukis atau mewarna, projek reka bentuk dan seni, menjahit serta sukan.

Wajib Elak Anak Daripada…

Selain itu ibu bapa juga perlu elakkan anak-anak daripada terdedah lama pada rancangan:

Foto – Pinterest
  • Lagu kanak-kanak
  • Tiada komunikasi
  • Ganas
  • Guna bahasa kasar atau kurang ajar
  • Bercakap yang terlalu laju
  • Rumit dan sukar untuk difahami.

Jadi pilih rancangan TV yang mempunyai bahasa yang mudah difahami, tidak banyak gangguan bunyi latar belakang,  percakapan tidak laju serta visual atau pergerakan yang tidak laju.

Ini kerana kanak-kanak di bawah usia 4 tahun mudah meniru apa yang mereka melihat dan dengar.

IKLAN

8 Rancangan Netflix Yang Sesuai 

Ibu bapa boleh pertimbangkan 8 rancangan di Netflix ini, sangat sesuai untuk anak yang berusia bawah 4 tahun.

#1 Hi-5 

Siri Hi-5 membantu kanak-kanak membina kemahiran seperti koordinasi dan logik melalui nombor lagu dan tarian.

Foto – Pinterest

#2 Simon 

Dengan imaginasinya, Simon si arnab mencari keseronokan sambil belajar tentang kepentingan tanggungjawab dan komunikasi.

Foto – Pinterest

#3 Puffin Rock 

Oona, Baba dan rakan-rakan mereka belajar tentang alam semula jadi, persahabatan dan keluarga di Puffin Rock.

Foto – Netflix

#4 Llama Llama 

Diadaptasi dari buku kanak-kanak, Llama Llama menyentuh tentang keluarga, persahabatan dan pembelajaran tentang perkara baharu.

Foto – Netflix

#5 Hey Duggee 

Di Kelab Tupai, Duggee adalah anjing coklat yang mempunyai aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak yang mahu memperolehi lencana bagi perkara yang menarik dan mempelajari kemahiran baru.
Foto – Pinterest

#6 Cleo & Cuquin 

Adik beradik Cleo dan Cuquin bersemangat untuk mencuba profesion yang berbeza setiap hari bagi membantu adik beradik mereka menyelesaikan masalah sambil menikmati pengembaraan baru.

Foto – Netflix

#7 Treehouse Detective 

Apabila rakan haiwan memerlukan bantuan, adik beradik Toby dan Teri menggunakan petunjuk dan mengikuti klu untuk menyelesaikan misteri di halaman rumah mereka sendiri.

Foto – Netflix

#8 Sylvanian Families Mini Episodes Clover 

Daripada mengadakan parti hingga merancang pertunjukan fesyen, keluarga arnab Hopscotch bersedia untuk melompat ke dalam pengembaraan harian di bandar manis mereka.

Foto – Pinterest

Rancangan-rancangan ini bukan sahaja boleh ‘mendiamkan’ anak tetapi sangat bermanfaat untuk perkembangan minda mereka. Selamat beramal!

Tags: Netflixnetflix kanak-kanaknetflix pendidikan
Share10SendShare

Artikel Berkaitan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

January 5, 2022
Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

December 20, 2021
“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

November 27, 2021
Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

November 23, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.