Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Pewarna Merah Pada Makanan & Kosmetik Hasil Dari Serangga ‘Ini’, Digesek Sampai Keluar Warna?

by Lisa AG
October 25, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

394
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah anda bahawa pewarna merah yang banyak digunakan pada makanan dan kosmetik sebenarnya datang dari serangga yang bernama ‘Cochineal’? Terkejut?

Pendek kata makanan atau kosmetik yang ada warna merah, merah jambu, oren, kekuningan seperti aiskrim, yogurt, air minuman, skittles, dan banyak lagi terhasil dari serangga ini.

Foto – Pinterest

Dikatakan serangga ini dikeringkan dan digesek-gesek sampai hancur untuk mengeluarkan warna merah darah? Ada juga yang mengatakan pewarna ini haram kerana dihasilkan dari serangga? Sekejap jangan main serkap jarang dulu, baca di sini.

Ini Kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Jakim

Dipetik dari Mufti Wilayah Persekutuan, cochineal adalah sejenis serangga umpama kumbang yang mana melalui proses-proses tertentu, daripada serangga tersebut dapat menghasilkan pewarna merah.

Pewarna ini banyak digunakan di dalam industri pemakanan sebagai pewarna makanan dan juga dalam kosmetik seperti pewarna bagi gincu bibir.

Foto – Pinterest

Cochineal adalah serangga yang mana darahnya tidak mengalir. Di dalam fiqh, serangga jenis sebegini adalah suci. Oleh itu pewarna yang diambil dari cochineal ini adalah suci.

Dipetik dari Jakim, cochineal adalah sejenis serangga yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan boleh dimanfaatkan oleh manusia.

Penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan bahan gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana tidak mendatangan kemudaratan.

Cara Penghasilan Serangga Cochineal Keluarkan Warna Merah

Diambil dari Business Insider, serangga cochineal berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, dan ia bukanlah kumbang secara teknikal. Ia kecil dan hidup di tanaman kaktus, biasanya kaktus yang berduri.

Jadi bagaimana serangga ini dituai dan mengeluarkan warna? Salah satu adalah cara tradisional di mana petani mengambil serangga dengan tangan, setelah semua serangga dikumpulkan, petani curah ke papan kayu.

Foto – Genetic Literacy project

Selama lima hingga enam minit, petani akan menggoncang serangga dalam proses yang akhirnya membunuh serangga sambil mengekalkan warnanya. Ada cara lain untuk membunuh serangga, seperti menggunakan air panas atau oven.

Sebaik sahaja ia mati, dibiarkan di luar di bawah sinar matahari selama dua hingga tiga hari untuk kering. Tidak digalakkan biar semalaman kerana kelembapan akan melambatkan proses pengeringan.

Mana-mana proses yang digunakan, ia memerlukan lebih 70,000 serangga cochineal untuk membuat hanya 1 paun pewarna cochineal.

Foto – Business Insider

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyebut cochineal adalah serangga yang suci kerana ia tidak berdarah.

RUJUKAN : 1, 2

FILED UNDER carminecochinealpewarna merahserangga cochinealserangga merah
Share158SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.