Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Putera William & Kate Middleton Tidur Berasingan? Ini Sebab Mereka Berbuat Demikian

by Lisa AG
October 22, 2021
Foto - Samir Hussein

Foto - Samir Hussein

67
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Ada kalanya anda tidak ingin diganggu oleh dengkuran atau terganggu oleh ayunan kaki pasangan anda. Namun, saat ingin bermesraan, kami berkongsi bilik seperti biasa. Senang dapat memilih,” jelas bangsawan Lady Pamela.

Dilaporkan, tradisi tersebut pada dasarnya sudah menjadi lumrah di kalangan golongan diraja. Mereka biasanya juga mempunyai bilik tidur yang berasingan.

Sudah Menjadi Tradisi Lama

Dipetik dari Express, Putera Philip dan Ratu Elizabeth diketahui mempunyai bilik tidur berasingan sesuai dengan kebiasaan bangsawan lama. Akan tetapi, tradisi ini kemungkinan satu perkara baru oleh Putera William dan Kate yang dari generasi berbeza.

Foto – New Logic

Sebelum ini, pasangan diraja itu secara tidak sengaja mengatakannya dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan. Pada awalnya, Kate mengakui dia terkejut mengetahui bahawa kerajaan menyediakan dua bilik untuk dirinya dan suami. Tetapi yang jelas ia adalah perkara normal tradisi kerajaan sana.

Pasangan ini juga tinggal di Apartment 1A di Istana Kensington bersama anak mereka Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Foto – Hello Magazine

Yang menjadi cerita apabila pasangan diraja ini selesa tidur di tingkat bawah daripada di atas.

Dipetik dari Hello, kediaman mereka memiliki dua bilik tidur utama yang terletak di tingkat bawah yang merupakan milik pasangan ini. Sebilangan besar rumah rata-rata cenderung mempunyai bilik tidur utama di tingkat atas, tetapi pasangan diraja ini memberikan tingkat atas kepada kakitangan, termasuk pengasuh anak mereka.

Baik betul pasangan diraja kegemaran ramai ini.

BACA:  Kate Middleton Dalam Gaun Alexander McQueen, Nampak Cantik Sangat Di Usia 40 Tahun
FILED UNDER kate middletonputera williamrapat hubungansuami isteritidur berasingan
Share27SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.