Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Alert! Wanita Buat Begini Jika Nak Elak Senggugut Yang Teruk

by Opie Azizlan
October 22, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak kiralah sudah berkahwin atau belum, setiap wanita pasti akan alami sakit senggugut yang teruk. Bila senggugut mula ‘menyerang’ Wanista yakin ramai yang akan ambil ubat tahan sakit, betul tak?

Tapi apa kata kali ini kamu cuba lakukan beberapa perkara ini. Bukan sahaja boleh kurangkan sakit senggugut, malah boleh elakkannya pada masa akan datang.

Aktifkan Badan 

Penulis percaya bila kita tengah senggugut, lebih baik berada di atas katil sepanjang masa kan? Tetapi kamu tahu tak kalau asyik berada di satu tempat sahaja, kita akan mudah mempunyai emosi yang negatif.

Foto – Pinterest

Jadi cuba sibukkan diri untuk tujuan aktifkan badan seperti buat kerja rumah, berjalan-jalan atau lakukan senaman ringan di taman rekreasi.

Bukan sahaja aktifkan badan, malah cara ini boleh melancarkan peredaran darah dalam badan dan hasilkan hormon endorfin yang boleh kurangkan senggugut.

Mula ‘Berpantang’ 

Nak elakkan senggugut teruk, kamu kena mula berpantang. Maksudnya di sini adalah menjaga pemakanan dan ambil makanan yang berkhasiat untuk badan.

Foto – Pinterest

Perbanyakkan buah-buahan, sayuran dan makanan yang berserat tinggi. Jika teringin makanan manis atau snek, cuba ambil dark chocolate, buah-buahan kering dan kekacang.

Makan Dark Chocolate 

Tak ramai yang boleh makan dark chocolate kerana coklat ini sangat pahit dan tidak mengandungi sebarang susu. Walaupun ianya pahit tetapi dark chocolate adalah ‘ubat’ yang berkesan.

Foto – Dreamstime

Info untuk kamu, dark chocolate merembeskan hormon yang membuatkan badan kamu terleka dan tidak berfikir tentang kesakitan yang sedang dialami. Tapi sebelum itu, jangan main makan sahaja ye takut nanti berat badan naik pula.

Elak Makanan Tinggi Lemak 

Paling penting sekali! Jangan hairan kenapa senggugut kamu tak hilang dan makin teruk sekiranya kamu kerap ambil makanan yang tinggi dengan lemak.

Foto – Pinterest

Kamu sepatutnya perlu hentikan pengambilan makanan tinggi lemak tepu seperti daging lembu, kambing dan produk tenusu. Ini kerana makanan ini boleh akibatkan rahim mengecut.

Amalkan Minum Teh Herba 

Bukan sahaja menenangkan badan, teh herba juga dapat mengelakkan dan mengurangkan kesakitan senggugut.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, teh herba sangat berkesan dalam melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot dalam rahim disebabkan oleh kandungan fenolat dalamnya.

Berurut Dalam 2 Jenis Situasi 

Sebenarnya ada cara untuk kurangkan dan hilangkan senggugut iaitu dengan berurut dalam dua situasi. Yang pertama adalah urut semasa haid iaitu ambil dan sapu minyak panas di bahagian perut dan rahim.

Foto – Dreamstime

Yang kedua pula dilakukan oleh bidan atau tukang urut ketika kamu tidak datang haid. Tujuan urutan ini adalah untuk betulkan kedudukan rahim dan urat-urat yang bersimpul.

Jika senggugut kamu tidak hilang dan menjadi teruk, jangan lupa untuk dapatkan rawatan dari doktor dengan segera ye.

 

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: cara elak senggugutcara kurangkan senggugutpunca senggugutsenggugut
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.