Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Suka Minyak Wangi Bau Floral & Kayu, 3 Koleksi Dari Chloé Ini Memang Memikat

by Lisa AG
October 21, 2021
Foto - Chloé

Foto - Chloé

51
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bau yang macam mana anda suka kalau nak cari minyak wangi? Yang manis buah? Natural dari flora dan kayu? Atau sedikit pedas yang datang dari nota rempah ratus?

Chloé Atelier des Fleurs melahirkan tiga aroma baru yang terbaik dalam koleksi yang sudah terdiri dari dua belas wangian. Ketiga minyak wangi ini dihasilkan oleh beberapa nama tersohor dalam dunia minyak wangi.

Aroma Dari Narcissus Poeticus, Iris, Ylang Cananga

Setiap minyak wangi dalam koleksi ini memberikan aroma bunga atau berkayu yang mengasyikkan. Ciptaan yang cukup indah, ketiga-tiga wangian asal 100% yang baru diperkenalkan ini diformulasikan dengan alkohol dan air, Narcissus Poeticus, Iris dan Ylang Cananga, tidak mengandungi penapis atau pewarna tiruan sementara kotak dan botol dibuat dengan bahan kitar semula.

  • Narcissus Poeticus by Philippine Courtière
Foto – Chloé

Menurut Philippine Courtière, Narcissus adalah bunga pertama yang dia cintai. Kisahnya bermula ketika dia masih kecil, di mana dia berjalan-jalan di Jardin du Luxembourg bersama neneknya dan mengumpul helaian bunga-bunga kecil yang aromanya cukup wangi.

  • Iris By Steve Guo
Foto – Chloé

Di Maghribi, di tengah-tengah Pergunungan Atlat, Steve Guo menemui keindahan aroma bunga berwarna biru violet yang disebut Iris yang tumbuh di lereng gunung. Bau harumnya tidak dapat dilupakan kesan sehingga dia mentafsirkannya minyak wangi yang tiada tandingan.

  • Ylang Cananga by Serge de Oliveira
Foto – Chloé

Ladang Yang dijumpai di pulau Nosy Be di Madagascar. Serge de Oliveira memetik bunga dengan tangan satu persatu dan mengenangkan aromanya yang sensual dan halus.

Koleksi ini boleh didapati iSetan KLCC dan iSetan Online Store pada harga Chloé Atelier des Fleurs Narcissus Poeticus, RM530 (50ml) & RM1,035 (100ml), Chloé Atelier des Fleurs Iris, RM530 (50ml) & RM1,035 (100ml) dan Chloé Atelier des Fleurs Ylang Cananga, RM530 (50ml) & RM1,035 (100ml).

BACA:  Must Have! Perfume Selebriti Paling Popular Sepanjang Zaman
FILED UNDER bau floralbau kayu woodyChloéminyak wangiperfume
Share20SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.