Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

Kedai Kopi Viral Yang Patut Kamu Pergi, No.3 Paling Popular

by Opie Azizlan
October 21, 2021
Foto - @kopisenget (IG) / @kopidankudap (IG)

Foto - @kopisenget (IG) / @kopidankudap (IG)

10
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Makin lama makin banyak kedai kopi lokal yang viral dibuka. Bukan sahaja di bandar, malah di kawasan perkampungan pun ada.

Entri kali ini, penulis nak kongsikan dengan kamu beberapa kedai kopi viral yang perlu kamu kunjungi dengan segera.

Kopisor, Kelantan

Terletak di Chabang Tiga Melawi, kedai Kopisor ini telah menjadi tumpuan penduduk Bachok, Kelantan.

Foto – @kopisor_cafe (IG) / @fatnin_arifin (IG)

Selain harganya murah, kamu juga perlu mencuba burnt cheesecake yang dijual di kedai ini. Memang tak rugilah!

Foto – @kopisor_cafe (IG) / @riomakan (IG)

Waktu operasi: Khamis-Selasa (12pm-6pm) | Jumaat (3pm-6pm)

Hirup Kopi, Penang 

Untuk pencinta kopi, kedai Hirup Kopi ini wajib ada dalam senarai kamu! Bukan sahaja boleh hirup kopi kegemaran kamu, malah kamu boleh membaca puisi-puisi yang ditulis pada cawan kopi. Memang lain daripada yang lain.

Foto – @hirupkopi_ (IG)
Foto – @hirupkopi_ (IG)

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8am-11am & 5pm-9pm)

Kopi Senget, Selangor 

Viral di Twitter, Kopi Senget ini terletak di hadapan laman rumah di Selangor. Selain daripada pelbagai jenis kopi dijual, kedai kopi ini juga menjual beberapa makanan lain seperti nasi lemak, pastri dan kek.

Foto – @kopisenget (IG)
Foto – @kopisenget (IG)

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8am-11am & 5pm-11pm) | Jumaat (5pm-9pm)

Tentang Kopi, Perlis 

Terletak di Kampung Nesam, Jalan Bintong, Kangar, Tentang Kopi terkenal dengan kepelbagaian kopinya dan juga makanan Barat seperti mac and cheese dan pasta.

Foto – @tentangkopi.kgr (IG/FB)

Selain itu, kedai kopi ini juga menjual beberapa jenis pencuci mulut seperti pastri dan kek.

Foto – @tentangkopi.kgr (IG/FB)

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Sabtu (12pm-10pm)

Kopi Dan Kudap, Terengganu 

Nak minum kopi sambil tengok pemandangan yang cantik? Atau nak bergambar di kedai kopi yang Instaworthy? Cepat-cepatlah kunjungi kedai Kopi Dan Kudap.

View this post on Instagram

A post shared by KOPI DAN KUDAP (@kopidankudap)

Berbeza dengan kedai kopi yang lain, kedai ini terletak di kawasan ladang pokok kelapa. Memang bestlah sebab boleh nikmati kopi sambil sambil makan roti bakar atau pisang dan keledek goreng.

Foto – @kopidankudap (IG)

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (4pm-7pm)

Memandangkan sudah boleh rentas negeri, apa kata kamu pergi coffee hunting pada hujung minggu ini dengan rakan kamu. Enjoy!

Tags: kedai kopi estetikkedai kopi viralkedai kopi viral 2021
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Booking
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Opie Azizlan
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
Foto - Barbiestaycation.com.
Kembara

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

by IamLisa
December 14, 2021
0

Ada bilik bertemakan Barbie di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur?! Berita baik kepada peminat Barbie, Grand Hyatt Kuala Lumpur telah...

Baca Lagi
Foto - @
greenlab_seoulforest (Instagram)
Kembara

Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung

by Opie Azizlan
December 10, 2021
0

Bila pergi ke kafe sendirian dengan tujuan untuk me-time, pasti akan ada yang memandang seolah-olah kamu seorang yang 'menyedihkan' dan...

Baca Lagi
Kembara

Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit

by Opie Azizlan
December 1, 2021
0

Team Wanista nak kongsi satu berita gembira! Kamu nak rasai pengalaman berada dalam rumah seperti The Hobbit seperti filem "Lord...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.