Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Antarabangsa

Kronologi Skandal Kim Seon Ho, Dari Paksa Kekasih Gugur Bayi Sehingga ‘Dibuang’ Kerja

by Soph.Azz
October 21, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

547
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bintang “Hometown Cha Cha Cha“, Kim Seon Ho menjadi perbualan ramai setelah dituduh menghamilkan bekas kekasih dan memaksa melakukan pengguguran.

Atas tuduhan ini aktor ini tidak menafikan malah dia memohon maaf atas tingkah lakunya terhadap bekas kekasihnya. Berikut adalah kronologi skandal Kim Seon Ho;

#1 Khabar Angin Selepas “Hometown Cha Cha Cha” 

Sebaik sahaja K-Drama ini selesai ditayangkan, seorang wanita dikenali sebagai “A” telah memuat naik aduannya dalam online community forum. 

Foto – Pinterest

A telah mengaku dirinya adalah bekas kekasih kepada pelakon “K”. Mereka telah menjalinkan hubungan sejak awal tahun 2020. Pada Julai yang lalu, K telah memaksa A untuk menggugurkan kandungannya.

“Pada mulanya dia telah berjanji untuk berkahwin tetapi dia bohong. Dia menghantar saya wang sebanyak RM71K untuk prosedur pengguguran. Saya menggunakan wang itu dan menunjukkan gambar resit padanya selepas itu.”

#2 Menipu Tentang Bayaran Penalti Dalam Kontrak 

A mengatakan K telah mengugutnya tentanng penalti kontrak di mana dia terpaksa membayar sebanyak RM3juta kerana mempunyai anak.

““Sekiranya kamu melahirkan bayi, saya harus membayar hampir RM3 juta kerana menyebabkan ‘kerosakan’. Saya tidak mempunyai banyak wang. Saya tidak dapat meneruskan karier lakonan atau mendapatkan kontrak CF lagi. Saya sudah memberitahu semuanya kepada ibu bapa saya. Tetapi bagaimana jika saya kehilangan kerjaya kerana anak ini. Bagaimana dengan ibu bapa saya? “

#3 Selalu Bercakap Buruk Tentang Pelakon Lain 

Pada masa yang sama, A mendedahkan K sebenarnya seorang yang kasar dan tidak sopan terhadap rakan-rakan kerjanya di belakang tadbir. Ramai yang membuat andaian dia sering burukkan pelakon “Start Up“.

Foto – Pinterest

“Dia mungkin nampak seperti orang baik di televisyen, tetapi dia sebenarnya dingin dan tidak tahu untuk berterima kasih. Dia akan selalu menghina orang-orang yang bekerja dengannya setiap hari. “

#4 Agensi Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi

Apabila ramai orang mula membincangkan tentang hal tersebut, agensi Kim Seon Ho iaitu SALT Entertainment mula meminta orang ramai untuk menunggu sehingga kebenaran terbongkar.

Foto – Pinterest

“Kami meminta maaf kerana tidak membalas dengan segera. Kami masih mencari kebenaran di sebalik aduan yang dimuat naik tanpa nama itu.

Agensinya juga meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan imej aktor tersebut.

#5 Kim Seon Ho Tidak Boleh Dihubungi 

Pada masa yang sama, SALT Entertainment turut mengakui bahawa Kim Seon Ho sukar untuk dihubungi bagi mengesahkan akan khabar angin tersebut.

“Kami meminta maaf pada semua orang terutamanya peminat kerana menunggu dengan lama. Kami minta maaf kerana menimbulkan kekacauan disebabkan oleh khabar angin tersebut.”

#6 Kim Seon Ho Buka Mulut, Mula Minta Maaf 

Setelah mendiamkan diri hampir tiga hari, Kim Seon Ho melakukan permohonan maaf melalui surat terbuka pada 20/10/2021 baru-baru ini.

IKLAN

Foto – Pinterest

“Ini Kim Seon Ho. Saya dengan ikhlas meminta maaf atas kerana lambat memberi pernyataan mengenai ini.

Ketika saya pertama kali melihat berita dengan nama saya, saya menjadi takut buat pertama kali dan akhirnya saya perlu menulis sesuatu.

Saya telah bertemu orang itu dengan perasaan dan niat yang baik. Dalam proses berhubungan, saya menyakiti dia sikap saya. Saya ingin bertemu dia secara langsung dan meminta maaf terlebih dahulu, tetapi saya belum dapat melakukannya dan saya menunggu waktu yang sesuai untuk melakukannya.

Saya minta maaf kerana mengecewakan semua orang yang mempercayai saya dan menyokong saya sehingga kini. Saya minta maaf kerana menyebabkan masalah bagi banyak orang dan agensi yang pernah bekerja dengan saya.

Saya sangat minta maaf.

#7 SALT Entertainment Dedah Kontrak Sudah Berakhir 

Selepas permohon maaf Kim Seoh Ho, agensinya turut meminta maaf dan mendedahkan bahawa kontrak mereka sudah berakhir sejak September 2021. Tetapi ia diteruskan sebagai satu sokongan terhadap aktor itu sepanjang menjalani penggambaran “Hometown Cha Cha Cha“.

#8 Kim Seon Ho Undur Dari Rancangan 2 Days 1 Night 

Ketika itu, stesen televisyen Korea Seltan, KBS2 mengesahkan aktor tersebut akan menarik dari dari rancangan realiti 2 Days 1 Night.

Foto – Pinterest

“Hai, kami adalah kakitangan KBS2 2 Days 1 Night musim 4. Kakitangan produksi telah secara rasmi memutuskan bahawa pelakon Kim Seon Ho akan meninggalkan program ini setelah kontroversi baru-baru ini,”

Pihak KBS2 juga akan menyunting babak Kim Seon Ho untuk mengurangkan ketidakselesaan terhadap penonton. Selain itu, kontrak-kontrak iklan turut ditarik balik seperti Dominos Pizza, Canon Korea dan sebagainya.

#9 Bekas Kekasih Dedah Ada Salah Faham & Terima Maaf 

Dipetik dari Koreaboo, A telah memuat naik posting di mana dia telah menyatakan ada salah faham yang berlaku di antara mereka. Dan dia telah menerima permohonan maaf daripada aktor tersebut.

Foto – Pinterest

“Saya minta maaf bahwa tulisan saya nampaknya tidak sengaja menyebabkan kerosakan pada ramai orang. Ada ketikanya dia dan saya benar-benar saling mencintai.

Saya merasa tidak selesa melihatnya ‘heartbroken’ disebabkan oleh posting ekstrem saya. Saya menerima permintaan maaf darinya dan sepertinya ada beberapa salah faham di antara kami.

Saya berharap tidak ada lagi berita palsu yang akan dikeluarkan dan tidak ada perincian lebih lanjut tentang hubungan saya dan dia. Saya akan segera membuang posting ini.”

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: hometown cha-cha-chahong du sikKim Seon Hoskandal kim seon ho
Share219SendShare

Artikel Berkaitan

Spoiler The Red Sleeve: Lee Se Young & Junho ‘Bengang’ Adegan Ranjang Dihentikan Ketika Pengambaraan
Gosip Antarabangsa

Spoiler The Red Sleeve: Lee Se Young & Junho ‘Bengang’ Adegan Ranjang Dihentikan Ketika Pengambaraan

January 3, 2022
“Padan Muka, Karma Untuk Bebo!”- Netizen Berang Kitab Bible Dihina, Kareena Kapoor Sah Positif COVID-19
Gosip Antarabangsa

“Padan Muka, Karma Untuk Bebo!”- Netizen Berang Kitab Bible Dihina, Kareena Kapoor Sah Positif COVID-19

December 17, 2021
Mengejutkan! Jaya Bachchan Didakwa Pernah Tengking & Jerit Pada Aishwarya Rai
Gosip Antarabangsa

Mengejutkan! Jaya Bachchan Didakwa Pernah Tengking & Jerit Pada Aishwarya Rai

December 9, 2021
Netizen Teruja Lihat Poster Viral, Seriuslah BLACKPINK Jisoo Akan Debut Solo Tak Lama Lagi?
Gosip Antarabangsa

Netizen Teruja Lihat Poster Viral, Seriuslah BLACKPINK Jisoo Akan Debut Solo Tak Lama Lagi?

December 7, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.