Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Serius ‘Power’ Jawab Isu Aib Wanita, Ramai Puji Suami Raja Farah

by Zainab Hadid
October 20, 2021
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kecoh di laman twitter mengenai sebuah video lama di mana pelakon Fauzi Nawawi  menceritakan semula adegan panas yang dilakonkan bersama Raja Farah. Pendedahan itu dibuat dalam sebuah program TV siarang langsung di Astro berjudul Rumah No 107.

Rakaman turut menjadi viral di TikTok itu telah mendapat respon pelbagai daripada netizen. Rata-rata tidak selesa apabila babak itu diceritakan kembali kepada umum.

Berikutan isu itu menjadi topik trending di Twitter, Raja Farah dan suaminya Iskandar Ismail tampil buka mulut.  Dalam sebuah hantaran di Instagram, pasangan ini menganggap perkara itu sangat memalukan.

View this post on Instagram

A post shared by Mama to Imran & Ilham Iskandar (@rajafarahraziz)

“Mungkin dia terlepas cakap, atau dia jahil atau teruja sedang bercerita. Saya rasa dia mesti menyesal dengan apa yang diucapkannya itu. Kami berlapang dada. Kami beri respon kerana perkara ini sudah viral.”- tegas suami Raja Farah.

Netizen Puji dan Kagum Dengan Suami Raja Farah

Setelah pasangan ini membuat respon di Instagram, netizen mula membanjiri laman twitter dengan berkongsi rasa kagum dengan cara Iskandar Ismail  menegur dan memberi nasihat.

Pentingnya Memilih Lelaki Yang Terbaik

“Baru tengok video Raja Farah dan suaminya menjawab isu tersebut, saya sangat kagum, bagus nya diorang. Penjelasannya sangat bagus! dan saya menyedari betapa pentingnya memilih seorang lelaki yang pandai, cukup cerdas untuk menangani masalah”- tulis akaun @nnjlaa yang mendapat retweet sebanyak 3.4k.

‘Power Betul Suami Dia’

 

“Power betul suami Raja Farah ni. 2 benda utama dia highlight, pertama Kehormatan wanita as a whole. Kedua, perasaan sebagai suami. Macam mana kalau Fauzi Nawi berada dalam situasi dia dan orang bercakap tentang mak, kakak, adik atau isteri dia? Fuh!”- tulis akaun @ariffnaser.

‘Beruntung Mempunyai Yang Sangat Menyokong’

“Saya berasa kasihan kepada Raja Farah. Beruntung dia mempunyai suami yang sangat menyokong, semoga rezeki dia semakin luas. Dia mengatasinya dengan sangat profesional, sayu dengar dia cakap”- tulis oleh akaun @omarfaayiz.

‘Dua Orang Suami Tapi Mentaliti Berbeza’

“Kedua-duanya adalah suami, tetapi terdapat jurang besar tahap mentaliti. Sangat jelas bahawa mereka datang dari asal usul yang berbeza. Kagum dengan suami Raja Farah, sangat baik.” tulis akaun @SyarifahLyana.

Dalam pada itu, Raja Farah sendiri mengakui terkesan dengan perkara itu. Dia merasakan seakan dibuka aib dan dirinya tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, dia terus merujuk kepada suami untuk memberi respon.

Perkembangan terkini, Fauzi Nawawi telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah hos utama rancangan Rumah No 107, Khir Rahman turut membuat permohonan maaf di Instagram peribadinya.

Sekadar info, Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelakon tersebut.

Tags: Aib Wanitafauzi nawawiIskandar IsmailRaja FarahRumah No 107
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.