Tak semestinya pasangan yang lambat menimang cahaya mata itu mandul atau mempunyai masalah kesihatan. Ada juga yang sihat tetapi tidak mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.
Bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata, pernahkah kamu mendengar tentang buah zuriat? Khabar angin mengatakan buah ini membantu sedikit sebanyak untuk mempercepatkan kehamilan.
Nak tahu sama betul atau tidak, baca perkongsian di bawah;
Oh, Ini Rupanya Buah Zuriat
Bagi sesetengah orang buah zuriat ini juga dipanggil sebagai buah Adam dan Hawa, palmia doum atau nama saintifiknya Hyphaene thebaica.
Nak dapatkan buah zuriatu ini kamu perlu pergi ke negara Timur Tengah seperti Sudan, Arab Saudi, Mesir dan negara di sekitarnya.
Dari segi saiznya buah zuriat bersaiz seperti buah ciku. Manakala warnya pula kuning coklat. Penting untuk kamu tahu, buah ini mempunyai kulit yang keras dan perlu dipecahkan untuk diambil isinya.
Betul Ke Buah Zuriat Cepatkan Kehamilan?
Dipetik daripada The Asian Parent, menerusi kajian dilakukan di Mesir, buah zuriat mengandungi antioksidan yang tinggi. Secara tidak langsung kandungan antioksidan ini boleh menghasilkan sel reproduksi.
Apabila badan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, ia boleh membuang oksigen reaktif seperti stress oksidatif yang boleh merosakkan sel badan termasuklah sel telur dan sperma.
Kelebihan Buah Zuriat
Selain mengandungi antioksidan, buah zuriat mempunyai beberapa kelebihan lain yang baik untuk lelaki dan juga perempuan.
-
Menguatkan rahim
Bagi kamu yang didiagnosis dengan dinding rahim yang lemah, apa kata kamu cuba amalkan buah zuriat. Bukan apa, buah zuriat dipercayai dapat menguatkan dinding rahim dan ‘menyediakan’ badan kamu untuk hamil dengan cepat.
-
Melancarkan haid
Masalah haid datang lambat, tak datang atau tak lancar? Untuk pengetahuan kamu, minum air rebusan buah zuriat boleh membuatkan haid menjadi lebih teratur setiap bulan.
Ini kerana buah zuriat membantu meningkatkan peredaran darah dan menyeimbangkan hormon sehingga kitaran haid kamu kembali normal.
-
Tingkatkan kesuburan wanita
Info untuk kamu, buah zuriat boleh meningkatkan kesuburan dalam kalangan wanita. Ini kerana buah zuriat mempengaruhi pengeluaran dan meningkatkan kualiti telur (ovum) pada wanita. Disebabkan oleh itu, peluang untuk hamil akan menjadi lebih cerah.
-
Tingkatkan kualiti sperma lelaki
Ada yang tak percaya tetapi buah zuriat sangat popular dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki. Menerusi penyelidikan yang dilakukan, hormon seks pada lelaki akan meningkat di mana ia mempengaruhi pengeluaran dan kualiti sperma.
Cara Nak Amalkan Buah Zuriat
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Nurul Balqis, dia dan suaminya telah minum air rebusan buah ini dengan konsisten selama sebulan dan mula hamil pada bulan seterusnya. Nak buat air rebusan buah zuriat, ikut cara ini:
- Ambil dua biji buah zuriat dan buang kulitnya.
- Kemudian pecahkan tempurung buah ini dan ambil isi di dalam.
- Potong kecil buah zuriat dan masukkan dalam periuk.
- Gunakan 3 cawan air dan rebus buah tersebut sehingga air jadi kekuningan dan siap!
(P/s: Isi buah zuriat boleh digunakan dan direbus sehingga air rebusan jadi jernih sebelum gunakan buah baru.)
Nak minum air rebusan ini ikut kesesuaian waktu kamu. Pastikan konsisten minum setiap hari. InshaAllah bergantung pada setiap pasangan sama ada dalam masa sebulan atau dua bulan kamu bakal mendengar berita gembira.