Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan Muzik

Aina Abdul Puas Hati Beli Mikrofon ‘Custom Made’, Macam Tak Percaya Tengok Harganya!

by Zainab Hadid
October 15, 2021
286
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seseorang penyanyi dituntut untuk selalu tampil memukau ketika berada di atas pentas dan tidak boleh mengecewakan peminat yang telah lama menantikan persembahan mereka.

Menjadi penyanyi dan pemuzik yang begitu teliti, peralatan disekelilingnya harus tiptop dan berkualiti. Antara peralatan yang diberi keutamaan penting untuk menyokong penampilan vokalis ialah mikrofon.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Seperti penyanyi Aina Abdul, dia memilih mikrofon yang ditempah khas atau ‘custom made’ demi kepuasan dirinya untuk membuat persembahan nyanyian. Harganya? Boleh tahan mahal ya!

“Ini mikrofon pertama saya beli. Ikutkan dari 2019 sudah sampaikan hajat dengan pembekal mikrofon, tapi baru tahun ini cukup duit untuk beli. Mikrofon ini juga ditempah khas atau ‘custom made’. Saya pilih warna biru sebab memang minat warna itu. Harga sebenar pula, biarlah rahsia,” katanya kepada Harian Metro

Dalam pada itu, Aina sangat berpuas hati menggunakan mikrofon ini dalam nyanyian secara langsung. Dia akui, membeli mikrofon ‘custom made’ ini merupakan salah satu cara  memberi penghargaan kepada diri sendiri.

“Insya-Allah buat pertama kali gunakan mikrofon ini dalam nyanyian secara langsung. Saya sudah buat percubaan selepas mikrofon ini sampai. Memang puas hati dan ‘best’. Alasan kenapa saya beli mikrofon sendiri adalah sebagai keperluan untuk bekerja, kepuasan diri, penghargaan pada diri dan untuk jenama sendiri,” katanya.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Aina, kami mendapati set mikrofon tersebut dari jenama Sennheiser iaitu jenis SKM 6000 Digital. Namun tidak dapat dipastikan mengenai spesifikasinya secara terperinci. Hasil tinjauan kami di sebuah laman sesawang syarikat pengeluar peralatan audio di luar negara, harga mikrofon tersebut boleh mencapai USD 2,199 atau sekitar RM9,135.

Foto: Sennheiser

Namun itu hanya kos mikrofon sahaja, tak termasuk peralatan lain dan kos ‘custom made’ dan ia boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Mahal bukan?

BACA:  Aina Abdul, Ain Edruce, Mimi Lana Jadi Wajah Koleksi H&M Spring Beginnings
FILED UNDER aina abdulmicrofon senheiser
Share114SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.