Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

5 Sebab Kenapa Kamu Perlu Tonton Siri K-Drama “Jirisan” Pada 23 Oktober Ini!

by Soph.Azz
October 15, 2021
Foto - iQiyi

Foto - iQiyi

66
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2021, siri K-Drama iQiyi Original “Jirisan” mengisahkan tentang pasukan renjer taman negara. Pasukan ini bertanggungjawab dalam misi mencari dan menyelamat di Gunung Jiri.

Bergenre misteri, ngeri dan sedikit romantik, ini antara sebabnya kenapa “Jirisan” bakal membuatkan kamu kagum dan teruja kenapa menontonnya!

“Jirisan” Bukan Tipikal Siri K-Drama 

Bukan seperti tipikal siri K-Drama yang lain, “Jirisan” bukan sahaja memaparkan babak misteri dan mencemaskan, malah ia adalah sebuah kisah yang bakal menyentuh perasaan penonton.

YouTube video

Terdiri daripada pasukan renjer taman negara seperti renjer berpengalaman (lakonan Gianna Jun) dan renjer junior (lakonan Ju Ji-Hoon). Mereka berdua bakal membongkar dan menyelesaikan misteri yang berada di puncak gunung Jiri.

Pada masa yang sama, hubungan ‘senior-junior’ di antara Gianna dan Ji-Hoon turut berubah disebabkan oleh masa yang diluangkan bersama ketika bekerja.

Dihasilkan Oleh Penulis & Pengarah Terkenal 

Jangan terkejut kalau “Jirisan” boleh menjadi hit di seluruh negara kerana ianya dihasilkan oleh penulis terkenal iaitu Kim Eun-Hee yang menulis siri popular di Netflix iaitu “Kingdom“.

Foto – iQiyi

Manakala “Jirisan” juga bakal diarahkan oleh pengarah terkenal, Lee Eung-Bok yang mengarahkan beberapa K-Drama hit di Korea seperti “Goblin” dan “Sweet Home“.

Barisan Pelakon A-List Dengan Bayaran Tertinggi 

Bagi barisan pelakon pula, “Jirisan” menampilkan pelakon A-List dengan bayaran tertinggi serta pernah memenangi pelbagai anugerah.

Foto – iQiyi

Antara barisan pelakon dalam siri K-Drama ini adalah Gianna Jun, Ju Ji-Hoon, Oh Jung-Se dan Cho Han-Cheul.

K-Drama Ke-4 Yang Paling Mahal Di Korea Selatan 

“Jirisan” telah dilaporkan menjadi siri K-Drama keempat yang paling mahal di Korea Selatan dengan anggaran melebihi RM 112 bilion.

BACA:  'Denim on Denim', Set Louis Vuitton BTS Jin Ini Sesuai Untuk Wanita Juga
YouTube video

Selain itu, antara K-Drama yang tersenarai dalam TOP 5 termahal adalah “Kingdom“, “Mr. Sunshine,” “The King: Eternal Monarch,” dan “Sweet Home.”

BTS Jin Menyanyikan OST utama dalam “Jirisan”

Paling mengujakan orang ramai adalah BTS Jin bakal menyanyikan OST utama dalam “Jirisan“. BTS Jin atau Kim Seokjin akan bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal seperti Gaemi.

Foto – Pinterest

Selain BTS Jin, SNSD Taeyeon dan Gaho juga bakal menyanyikan OST siri K-Drama ini.

Jangan lupa lock tarikh 23 Oktober 2021 ini untuk menonton “Jirisan” di iQiyi okay!

FILED UNDER bts jiniqiyi jirisaniqiyi originalkdrama jirisan
Share26SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.