Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rahsia Kecantikan Ramona Zamzam, Hot Macam Anak Dara!

by Sofie Azizlan
October 13, 2021
Foto - @ramonazamzam (IG)

Foto - @ramonazamzam (IG)

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cantik, pandai dan berbakat, memang cukup pakej!

Sekali pandang memang tak akan percaya aktres, Ramona Zamzam ini sudah mempunyai seorang anak. Walaupun usia sudah mencecah 31 tahun, kecantikan Ramona langsung tak pudar malah makin cantik dan langsing macam anak dara!

Nak tahu apakah rahsia kecantikan Ramona Zamzam? Jom baca di bawah;

Kerap tukar sarung bantal dan cadar katil 

Jika lihat dengan mata kasar, bantal dan katil akan nampak bersih seperti tiada siapa yang gunakannya. Tetapi kalau kamu nak tahu, kawasan ini merupakan kawasan yang paling kotor dengan debu dan pepijat.

Foto – @ramonazamzam (IG)

Penting untuk kamu tukar secara berkala iaitu seminggu sekali atau tiga kali sebulan. Jangan pula tunggu sehingga setahun sekali baru nak tukar ye.

Minum air dengan secukupnya 

Menurut Ramona, air yang secukupnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang cantik. Untuk sehari, minimum air yang perlu kamu ambil adalah sebanyak 2 liter.

Foto – @ramonazamzam (IG)

Jika kamu asyik rasa nak buang air kecil selepas itu, jangan risau kerana ianya bagus untuk buang toksik dalam badan. Cuba amalkan isi air dalam bekas air 2 liter dan bawa ke mana sahaja kamu pergi.

Tidur yang cukup sangat penting 

Tidur sangatlah penting! Cuba dapatkan waktu tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-8jam sehari. Tujuannya adalah untuk memberi kulit dan badan rehat dengan secukupnya.

Berusaha untuk keluarkan peluh setiap hari

Bagi Ramona, dia perlu mengeluarkan peluh setiap hari melalui aktiviti atau senaman yang dilakukannya. Tak kiralah berjalan, hiking atau bermain sukan kegemaran, asalkan peluh dapat dikeluarkan.

Foto – @ramonazamzam (IG)

Mengeluarkan peluh daripada badan bukan sahaja untuk membuang toksin dalam badan tetapi bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi.

Cuci muka dengan bersih dan betul 

Perasan tak bila bangun pagi, ada saja jerawat naik di muka? Kalau kamu nak tahu bila tak cuci muka dengan bersih dan betul, mekap, kotoran atau habuk di wajah akan terkumpul dan tersumbat dalam liang pori.

Foto – @ramonazamzam (IG)

“Mencuci saja tidak cukup. Tapi cuci sebersih-bersihnya. Ingatkan habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup, Maka bermulalah kejadian masalah kulit yang amat teruk!”

Jadi cuci muka dengan bersih dan betul menggunakan pencuci wajah atau scrub. Penting juga untuk kamu tahu, sebelum tidur pastikan cuci muka terlebih dahulu dan lakukan rutin penjagaan wajah.

Tak hairanlah kenapa Ramona maintain cantik dari zaman anak dara sehingga sekarang. Jika aktres ini boleh lakukan rutin di atas, kamu pun mesti boleh!

RUJUKAN: 1, 2

 

Tags: rahsia cantik ramona zamzamramona zamzamrutin kecantikan ramona zamzamtips kecantikan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.