Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Darah Haid Berat Dan Terlalu Banyak Mungkin Petanda Buruk

by Lisa AG
October 12, 2021
Foto - Prevention

Foto - Prevention

29
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap wanita aliran darah haid berbeza-beza, ada yang keluar sedikit, ada juga segelintir mungkin berat dan terlalu banyak serta sehingga berlakunya kekejangan.

Dipetik dari Healthline, wanita dengan pendarahan haid tidak normal mungkin mengalami keadaan yang disebut menorrhagia. Keadaan ini menyebabkan aliran darah keluar sangat berat sehingga anda perlu menukar pad setiap jam.

Bila pendarahan berat, anda juga mungkin mempunyai tanda-tanda anemia, seperti keletihan atau sesak nafas dan juga kekejangan yang teruk.

Menurut Hello Doktor, beberapa keadaan atau masalah boleh menyebabkan pendarahan berat. Antara penyebab pendarahan haid berat, termasuklah…

Foto – Healthline

Ketidakseimbangan hormon

Masalah seperti PCOS dan kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) boleh mempengaruhi pengeluaran hormon. Perubahan hormon menjadikan lapisan rahim anda menebal dengan lebih banyak berbanding kebiasaan, lantas menyebabkan pendarahan berat.

Fibroid atau polip

Petumbuhan bukan bersifat kanser di dalam rahim ini boleh menyebabkan pendarahan yang lebih berat daripada biasa.

Endometriosis

Keadaan ini disebabkan oleh tisu yang melapisi rahim anda tumbuh pada bahagian lain dari pelvis. Di dalam rahim, tisu itu akan membengkak setiap bulan dan kemudiannya digugurkan ketika haid. Apabila ia tumbuh di organ lain (pada ovari atau tiub fallopio) tisu itu tidak lagi mempunyai tempat untuk dituju.

Adenomiosis

Sama seperti endometriosis, adenomiosis adalah keadaan yang berlaku apabila tisu yang biasanya melapisi rahim tumbuh pada dinding rahim. Apabila tidak mempunyai tempat dituju, maka berlaku pengumpulan yang menyebabkan rasa sakit.

Kanser

Kanser rahim atau serviks mampu sebabkan pendarahan berat, namun barah ini sering didiagnos selepas menopaus.

Keadaan terbaik untuk mengetahui sama ada haid anda sangat berat adalah pergi berjumpa dengan doktor.

BACA:  Mood Swing Bila PMS, Cuba Kawal Dengan Lakukan Perkara Ini!
FILED UNDER Darah Haiddatang bulanhormon wanitapendarahan beratperiod
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.