Tak ada wanita yang tak mahu kelihatan awet muda sepanjang masa. Lagi-lagi bila nampak tanda penuaan di wajah, memang gelabah sampaikan mahu mencuba semua produk di pasaran.
Tapi sebenarnya ada satu cara semula jadi yang boleh kamu amalkan untuk dapat kulit awet muda. Rahsianya adalah amalkan jus pegaga dan epal setiap hari.
Rasa jus ini tidaklah teruk dan ianya lebih rasa seperti jus epal, memang sedaplah bila minum! Jom ikut resepi di bawah;
Bahan-bahan:
- Pucuk pegaga – 1 genggam
- Epal (merah/hijau) – 1 biji
- Air – 1 cawan
- Susu pekat *jika perlu*
Cara-caranya:
- Basuh pucuk pegaga dan epal sehingga bersih.
- Kisar semua bahan sehingga hancur dan siap untuk diminum.
(Jika mahu rasa manis, tambahkan susu pekat sebelum bahan dikisar.)
Kebaikan Pegaga & Epal Untuk Kulit
Selain sedap dimakan sebagai ulam-ulaman dan baik untuk kesihatan, pucuk pegaga mempunyai pelbagai manfaat pada kulit seperti:
- mempercepatkan penyembuhan luka
- menghilangkan parut
- mencegah keradangan
- membina kolagen
“An apple a day, keeps the doctor away.”
Jangan keliru pula nak makan buah epal merah atau hijau yang bagus untuk wajah. Kedua-duanya sama sahaja. Tetapi jika kamu sukakan rasa manis, pilih epal merah. Kalau suka masam, pilih epal hijau.
Buah epal kaya dengan pelbagai nutrisi dan vitamin seperti Vitamin C yang memberikan pelbagai kebaikan pada kulit wajah seperti;
- membantu menghidratkan, membersih dan melembutkan kulit
- boleh merawat jerawat dan bintik hitam di wajah
- menjadi pelembap semula jadi
Perkongsian di atas adalah selamat untuk diamalkan kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi. Nak nampak lebih berkesan, pastikan kamu amal jus pegaga dan epal ini dengan kerap.
Barulah wajah kekal awet muda dan glowing!