Pernah tak tertanya-tanya kenapa golongan ibu suka membedung bayi? Bedung ini sebenarnya bagus kerana boleh menenangkan bayi daripada meragam dan tersentak ketika tidur.
Walaupun ada banyak kebaikannya tetapi kalau bedung terlalu lama dan melebihi usia yang sepatutnya pun boleh mendatangkan bahaya. Jadi golongan ibu, sampai bilakah kamu perlu bedung bayi? Semak fakta di bawah;
Sampai Bila Bayi Perlu Dibedung?
Dipetik daripada Hello Doktor, nak bedung bayi ini sebenarnya tiada masalah. Tapi ibu perlu tahu bahawa bayi hanya boleh dibedung bermula dari usia awal kelahiran sehingga usia 4 atau 6 bulan.
Ataupun ibu boleh membedung bayi mereka sehingga bayi mula menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling.
Tak Bahaya Kan Bila Bedung Bayi?
Tak bahaya pun kalau nak bedung kerana ibu perlu pastikan cara dan teknik pembedungan itu betul. Tujuan bedung ini adalah untuk membantu bayi kamu tenang dan mudah untuk tidur.
Untuk cara bedung bayi dengan betul, lihat di bawah;

Selain itu jika ibu tersalah bedung, bayi berpotensi untuk mendapat kesan berbahaya seperti hip dysplasia, Sindrom Kematian Bayi Mendadak (SIDS) dan sesak nafas.
Apa Yang Ibu Perlu Tahu Sebelum Bedung Bayi?
Golongan ibu terutamanya wanita yang baru bergelar ibu perlu tahu beberapa perkara sebelum membedung bayi. Antaranya adalah;
#1 Ruang Kaki Untuk Bergerak
Bagi sesetengah ibu, bayi perlu dibedung dari atas sehingga bawah termasuklah membataskan pergerakan kakinya. Tetapi cara ini adalah salah!
Pastikan di bahagian kaki ada ruang untuk mereka menggerakan kaki. Ini kerana jika ibu membedung kaki, bayi akan terkena hip dysplasia iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di atas tulang paha.
#2 Kemaskan Lilitan Bedung Di Bahagian Atas
Ibu-ibu perlu tahu bahagian atas sangat penting dan perlu dikemaskan agar lengan mereka tidak terkeluar ketika tidur.
Jika tidak dikemaskan bayi mudah untuk bergerak dan meragam ketika tidur. Tambahan pula, bayi berpotensi untuk lemas atau mati secara tiba-tiba seperti Sindrom Kematian Bayi Mendadak (SIDS).
#3 Guna Fabrik Sesuai Untuk Bedung
Mengikut kesesuai cuaca dalam rumah dan luar, ibu perlu pilih dan gunakan fabrik yang sesuai untuk membedung bayi. Ibu boleh gunakan fabrik kapas kerana kain ini tidak tebal dan selesa untuk kulit bayi.
#4 Jangan Bedung Terlalu Lama
Jika ibu bedung bayi, pastikan jangan bedung dalam tempoh yang lama. Malah buka bedung tersebut setelah bayi bangun atau bergerak supaya tidak menganggu perkembangan badan.
Sejak dari dulu lagi bedung bayi ini sebenarnya sudah lama diamalkan untuk tidurkan bayi. Tapi ibu-ibu perlu ingat, bedung dengan betul dan berhenti bedung apabila tiba masanya okay!