Baru-baru ini tular video seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape mengalami gangguan seksual seorang lelaki dengan pakaian seragam tentera ketika membeli vape pod.
Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 1 petang 5 Oktober di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ulu Klang, Selangor di mana rakaman CCTV berjaya merakam apa yang berlaku. Difahamkan mangsa yang berusia 18 tahun didatangi oleh lelaki berpakaian seragam itu yang ingin membeli barang vape.
Setelah menyelesaikan transaksi, lelaki itu pergi tetapi kemudian kembali ke kedai dan mengatakan bahawa vape pod yang dibelinya tidak berfungsi. Mangsa kemudian memeriksa pod dan menggantinya dengan yang baru.
Dalam video tersebut, lelaki itu mengambil vape pod dan memegang tangan wanita itu, sebelum meletakkan jarinya di mulutnya. Teruk betul perangai! Lihat video di bawah;
IKLAN
Walaubagaimanapun pihak berkuasa sedang mengesan suspek dan berusaha mendapatkan maklumat peribadinya.
Pernah Alami Kajadian Yang Serupa? Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Mengalami Gangguan Seksual
- Foto: Personnel Today
Sebenarnya, kejadian sebegini kini semakin menjadi-jadi dan semua para wanita haruslah berjaga-jaga. Gangguan seksual merangkumi apa-apa sahaja perbuatan yang berunsurkan seks, seperti sentuhan atau kata-kata yang berbaur lucah. Jika anda mengalaminya, apa yang harus anda lakukan?
- Beri amaran: Anda harus berani memberi amaran kepada pelaku. Jika anda tak berani bercakap ‘face to face’, cuba memberi amaran melalui surat, emel atau ajak seorang teman untuk berdepan dengan pelaku sekiranya anda memerlukan sokongan.
- Jangan pendam: Jangan simpan masalah seorang diri, tetapi maklumkan kepada rakan, keluarga atau individu yang anda percayai.
- Kumpul Bukti : Sebelum anda membuat laporan, pastikan simpan segala bukti ketika mengalami gangguan seksual. Tak kira, samaada rakaman CCTV, suara atau sebagainya. Ini boleh dijadikan bahan bukti di masa kelak.
- Buat Laporan : Sekiranya sudah bersedia dengan segala persiapan. Laporkan insiden tersebut kepada penyelia atau pengurus sumber manusia. Sekiranya tiada tindakan diambil, kemukakan aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak polis.
Kami berharap perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam. Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada semua.