Siapa saja yang tak tonton Netflix sekarang? Lagi pula bila waktu PKP, memang semua orang makan, tidur Netflix.
Penyanyi vokal hebat Aina Abdul juga peminat Netflix, dan sering berkongsi siri dan filem yang ditontonnya kepada pengikut di Instagram. Apa lagi, Wanista ambil peluang compile senarai siri yang Aina kata best dan beri rate 10/10, memang puas hati dan boleh binge-watching terus.
American Vandal

Siri jenis satira yang memaparkan jenayah sebenar meneroka pelajar sekolah tinggi yang melakukan prank di sekolah mereka.
Halston
https://www.youtube.com/watch?v=yCgdWHwEnrg
Siri biopik yang menceritakan kisah pereka fesyen Amerika hebat, Halston. Bagaimana kisah hidupnya yang mashyur boleh jatuh merudum kerana cinta dan kawan.
The Serpent

The Serpent merupakan kisah benar pembunuh bersiri Charles Shobraj yang terlibat dalam kegiatan jenayah pemalsuan passport, dadah dan jual beli berlian.
Clickbait
https://www.youtube.com/watch?v=QwVLObz0MGs
Bila family men Nick Brewer diculik dalam jenayah secara online, siri ini menyiasat siapa dalang di sebalik penculikan dan mengapa ianya berlaku.
Black Mirror

Siri ini pada asasnya meramalkan apa yang akan berlaku di masa depan. Setiap episod merangkumi permainan video yang menyeramkan, pertandingan nyanyian, platform penilaian media sosial yang luar biasa, dan banyak lagi.
Breaking Bad

Seorang guru kimia sekolah menengah yang didiagnosis dengan barah paru-paru terlibat dalam pembuatan dan penjualan methamphetamine untuk menjamin masa depan keluarganya.
Squid Game

Menceritakan tentang 456 orang malang yang dibebani dengan hutang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sebuah permainan, tanpa mengetahui nyawa mereka juga tergadai.
Alice In Borderland

Seorang gamer dan dua rakannya mendapati hanya diri mereka saja yang tinggal di bandar Tokyo, yang tiba-tiba kosong tanpa seorang manusia. Untuk bertahan, mereka perlu bersaing dalam permainan cukup mencabar.
Dead To Me

Suami Jen mati akibat langgar kereta ‘hit-and-run’, dan dia nekad mahu mencari penjenayah tersebut, sampailah berjumpa dengan seorang wanita optimis yang siapa sangka ada kena mengena dengan kes kematian suami Jen.
Maid
https://www.youtube.com/watch?v=tGtaHcqsSE8
Maid menceritakan tentang seorang ibu muda yang keluar dalam satu perhubungan penderaan emosi mencari pekerjaan membersihkan rumah demi anak dan membina masa depan yang lebih baik.
Dirty John: The Betty Broderick Story

Dirty John : The Betty Broderick Story adalah kisah benar yang mengerikan tentang Betty Broderick, yang menembak bekas suaminya dan tunangnya ketika mereka tidur pada awal pagi 5 November 1989.
Apa lagi streaming di Netflix sekarang!