‘Pakej lengkap, beauty with brain’!
Eriyca Baiduri, pengasas produk lokal Noir Skincare sangat aktif di media sosial. Sepanjang PKP baru-baru ini, dia gigih membuat live video menjual produknya yang ramai cakap berkesan.
Lebih mesra dikenali sebagai Madammu ini cukup optimis terhadap cabang perniagaan yang diceburinya dunia kecantikan yang diminatinya sejak muda-muda lagi.
Penulis juga mengikuti videonya di Facebook, dan tertarik melihat gaya hidupnya yang agak mewah tapi masih mengekalkan ketimuran. Tengok dirinya yang cantik molek dengan wajah putih bersih mesti kita sangka dia tak ‘layan’ makanan-makanan melayu tapi ternyata meleset bila wanita 30-an ini ratah ulam-ulaman dah macam makan popcorn. Itulah agaknya rahsia flawless disamping menggunakan produk Noir.
Ratah Ulam Cecah Sambal Belacan
Madammu cukup gemar makan ulam seperti petai, ulam raja, terung kecil, bendi, timun, kobis dan macam-macam lagi daun hijau yang dimakan bersama sambal belacan.
- Foto – Instagram @eriycabaiduri
Bila tiba waktu makan tengahari dan malam, keluarganya yang lain makan nasi, Madammu pula ratah ulam cecah dengan sambal belacan yang dibuat sendiri. Kata Madammu, dia memang tak makan nasi kalau makan hanya dalam kuantiti yang sedikit.
Patutlah dia flawless, itu rahsia dia nak maintain cantik disamping menggunakan produk Noir.
Mulakan Noir Dengan FB Live
‘Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’
Dipetik dari Noir Malaysia, Madammu dibesarkan dalam keluarga perniagaan. Ibunya pernah mengusahakan sebuah restoran jadi sifat usahawan itu sudah lama mengalir dalam darahnya.
- Foto – Instagram @eriycabaiduri
“Saya memulakan Noir selepas saya menamatkan pengajian di Masterskill University College of Health Sciences dalam kurusan Diploma Penjagaan Kesihatan. Pada masa itu FB live sedang viral. Semua orang melakukannya dan saya juga melakukan untuk keseronokan.
“Saya berkongsi tip kecantikan kepada semua kawan dan terkejut, followers saya meningkat secara drastik – dari 10 followers hingga 8,000 followers dalam sebulan!
Noir Health & Beauty Bantu Wanita
“Tujuan saya untuk menubuhkan Noir Health & Beauty adalah semata-mata untuk membantu wanita di luar sana untuk merangkak keluar dari masalah kehidupan. Jadi saya merekrut mereka dan membantu membina mereka dari zero ke hero,” jelasnya lagi.
- Foto – NSTP
Noir Skincare tidak hanya tertumpu kepada produk penjagaan wajah, tapi mempunyai koleksi mekap dan minuman tambahan untuk kekal cantik dan sihat.