Kecil-kecil dah dapat hadiah mahal! Memang bertuah betul anak pasangan Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya. Bayi comel ini menerima barang kemas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.
- Foto – Instagram @missfazura
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rupa barang kemas yang dihadiahkan tu kan? Menerusi perkongsian Fazura di IG Stories, dia merakam video ‘unboxing’ kotak hadiah pemberian Norashikin. Dalam pada masa yang sama Fazura terkejut melihat sebuah kotak dengan tertera jenama Bludiamond.
“Oh my Allah! Mahal ni!”- tulis Fazura dengan emoji terkejut.
Dalam kotak baldu berwarna biru itu mengandungi seutas rantai beserta loket berlian yang direka khas dengan abjad F bersempena nama Fatima. Hadiah tersebut juga kurniaan Tengku Permaisuri Selangor bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.
Dalam IG Story itu juga, dapat dilihat sebuah beg kertas berwarna merah yang tertera nama Permaisuri Selangor.
“Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Tengku Permaisuri Norashikin.
“Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah,”
Menurut tinjauan kami, di butik Bludiamond, mereka menawarkan pelbagai barang kemas yang bermula dari RM4k sehingga memncecah RM1.7 juta mengikut jenis, bentuk, potongan dan karat. Agaknya berapa harga seutas rantai beserta loket berlian yang dihadiahkan oleh Permaisuri ya?