Gadis jelita bernama Sabrina Anggraini menjadi tumpuan setelah dilamar oleh seorang hartawan yang merupakan pengasas dan CEO sebuah syarikat terkemuka di Indonesia.
Sabrina merupakan wanita tercantik di Riau pada tahun 2019 setelah memenangi pertandingan Puteri Indonesia Riau 2019. Pada waktu itu, dia muncul untuk mewakili Riau pada acara Puteri Indonesia yang diadakan pada bulan Mac 2019.
Lihat beberapa foto cantik Sabrina yang cukup mempersonakan di bawah;
- Foto – Instagram @sabrinaanggraini
- Foto – Instagram @sabrinaanggraini
Dalam pertandingan kecantikan, Sabrina memenangi 3 Kostum Tradisional Terbaik. Pada masa itu, dia membawa kostum berjudul Wonderful War Anti Meranti oleh pereka tempatan Fransiscus.
- Foto – Instagram @sabrinaanggraini
Cantik bukan? Kejelitaan pemilik nama asal, Sabrina Woro Anggraini Listyo ini tak dapat disangkal lagi sehinggakan ramai lelaki yang cuba mendekatinya. Dan kini jejaka bernama Adamas Belva Syah Devara berjaya mencuri hati Sabrina sekaligus bakal menjadikannya sebagai isteri.
Dalam foto yang dikongsi, Belva Devara dilihat berlutut sambil mengeluarkan kotak biru berisi cincin kepada Sabrina. Sementara itu, Sabrina dilihat menutup wajahnya dengan telapak tangannya.
Momen ini diambil ketika mereka berada di kampus Massachusetts Institute of Technology (MIT) Boston, Amerika Syarikat, yang merupakan salah satu universiti teknologi terbaik di dunia.
“Jadi awak akan berkahwin dengan saya?” Belva menulis dalam salah satu muat naik fotonya.
- Foto: Instagram @belvadevara
- Foto – Instagram @belvadevara
Belva dan Sabrina diketahui telah menjalin hubungan pada 4 Oktober 2019. Pada masa itu, Sabrina sedang bercuti ke Tokyo, Jepun, kemudian Belva mengikutinya.
Untuk info, pada tahun 2019, Sabrina mengasaskan sebuah syarikat bernama Natuno. Syarikat yang bergerak dalam reka bentuk dan strategi produk membantu para ahli perniagaan dalam membuat produk digital, seperti aplikasi web ke aplikasi mudah alih.
Kejayaan Sabrina dalam menubuhkan Natuno akhirnya membawanya menyambung pelajaran di Massachusetts Institute of Technology. Di kampus, Sabrina mengambil program sarjana dalam bidang Sistem Reka Bentuk & Pengurusan (HR).
Hebat bukan? Boleh dijadikan inspirasi buat para wanita di luar sana.