“Ini bukan Miss Universe, ini adalah Miss LGBT”, komen penonton.
Berasal dari Cebu, Filipina, Beatrice Luigi Gomez telah melakar sejarah sebagai seorang anggota komuniti LGBT. Dia telah dinobatkan sebagai Miss Universe Philipines 2021 bagi mewakili negaranya di pertandingan Miss Universe 2021 yang bakal diadakan di Israel pada Disember ini.
Beatrice tidak terkesan dengan kritikan orang ramai apabila mengaku dirinya seorang gay. Malah dia berjaya buktikan dirinya seorang yang layak untuk memenangi title tersebut.
Jom lihat beberapa gambar Beatrice di bawah yang cantik dan menjadi kontroversi semasa Miss Universe Philippines 2021.
Kontroversi Miss Philippines 2021
Tidak hairan dengan kritikan yang diterima, Beatrice telah berjaya memenangi beberapa anugerah khas sepanjang Miss Universe Philippines 2021 berlangsung.
Antara anugerah khas yang dimenanginya adalah Best In Swimsuit, Best In Evening Gown, Miss Creamsilk dan Immunplus Game Changer.
IKLAN
Beatrice yang tidak mahu berselindung mendedahkan dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang DJ wanita, Kate Jadgon. Hubungan mereka sudah terjalin selama 7 tahun.
Beatrice Dedah Cerita Sebenar
Menerusi Instagramnya, Beatrice mendedahkan dia tidak meminta untuk mempunyai perasaan suka terhadap perempuan. Malah dia menyatakan sebelum dinobatkan sebagai Miss Universe Philipines 2021, dia telah pergi ke gereja.
“Saya minta Tuhan untuk tunjuk kepada saya siapakah diri saya sebenarnya. Malah saya mengkaji banyak topik sebagai persediaan untuk Q&A dan topik LGBTQ berada di bawah dalam senarai saya.
Saya terkejut bagaimana saya dapat berikan jawapan itu kerana saya mahu rahsiakan hal ini. Sekiranya Tuhan tidak bahagia dengan gay, kenapa Dia terus berkati dan beri kekuatan pada saya untuk atasi cabaran setiap hari? “
Walaupun dikecam kerana orientasi seksual yang berbeza, tetapi tahniah pada Beatrice kerana dinobatkan sebagai Miss Universe Philippines 2021!