Anak sudah mula tunjuk tanda-tanda bertatih? Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan ibu bapa untuk ‘step up the game‘ dengan membeli baby walker.
Wanista percaya ramai ibu bapa berasa bimbang anak akan terbalik atau terjatuh daripada walker. Tetapi dengan pemilihan baby walker yang tepat dan sesuai, semua perkara tersebut boleh dielakkan.
5 Baby Walker Terbaik Pilihan Wanista
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 5 bulan ke atas atau sudah stabil untuk berada dalam baby walker, ini antara pilihan terbaik yang boleh kamu dapatkan:
#1 Iguana BWRO1
2 dalam 1, Iguana BWRO1 ini boleh digunakan semasa fasa pertumbuhan bayi yang berbeza iaitu sebagai walker biasa atau pun push-walker.
Baby walker ini boleh dilaraskan kelajuannya dan sesuai untuk bayi berusia 7 bulan sehingga 18 bulan.
#2 Chicco 123 Baby Walker
Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan sehingga 3 tahun, 123 Baby Walker ini dilengkapi dengan penel mainan yang boleh ditanggalkan terdiri daripada lampu, bunyi dan beberapa aktiviti mekanikal.
Malah ibu bapa yang sibuk bekerja juga tidak perlu risau lagi kerana baby walker ini mengandungi brek keselamatan. Manakala kedudukannya juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan bayi.
#3 VINS Baby Walker With Smart Education
Selain melatih anak untuk berjalan, baby walker ini idlengkapi dengan pelbagai mod permainan untuk merangsang perkembangan tangan, mata dan otak.
Penggunaan tali silikon anti gelongsor pada baby walker ini juga dapat mengelakkan bayi daripada tergelincir atau terjatuh.
#4 Kub Multifunctional Musical Baby Walker
Bentuk baby walker ini direka khas untuk elak bayi daripada terjatuh. Gabungan segitiga di sisi lateral dan segi empat tepat di bahagian depan berfungsi dalam menstabilkan pejalan kaki dan mencegah peralihan.
Tambahan pula baby walker ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan selamat kerana tidak mengandungi bahan yang membahayakan seperti racun.
#5 Mamakiddies Moonlight Multi-Function Baby Walker
Ringan dan tidak memerlukan banyak tenaga bayi untuk bergerak, baby walker ini merupakan produk yang sesuai untuk bayi berusia 7 bulan sehingga 15 bulan. Selain itu sandaran belakang yang tinggi bertujuan untuk keselamatan dan keselesaan bayi.
Bukan sahaja menarik dengan mainan muzik interaktif, malah baby walker ini juga bagus untuk merangsang pembentukan otak. Ibu bapa juga boleh melaraskan tempat duduk mengikut bayi masing-masing.
Itulah antara pilihan terbaik baby walker yang disyorkan oleh Wanista. Happy shopping!