Hilang kata-kata. Sumpah cantik!
Bintang pop, Dua Lipa telah membuat debut pertamanya sebagai model di Versace’s Spring/Summer 2022 di Milan Fashion Week baru-baru ini.
Pernah menjadi wajah depan bagi kempen Versace’s Fall/Winter 2021, Dua telah membuka pertunjukkan fesyen tersebut dengan sepasang sut potongan hitam yang dipadankan dengan pin berwarna-warni.
Penampilan penyanyi lagu”Levitating” ini ditambahkan lagi dengan black platform sandal, anting-anting dan eyeliner berwarna teal.
Pertunjukkan fesyen ini telah ditutup dengan penampilan kedua Dua Lipa. Penyanyi ini telah mengenakan mesh tank top dan slit skirt yang berwarna pink metal. Pada bahagian skirt, Dua telah memadankannya dengan beberapa safety pins.
“Ini adalah pengalaman luar biasa untuk meneruskan perjalanan saya dengan keluarga Versace. Daripada membintangi kempen sehingga membuka rancangan SS22! Donatella, ia adalah impian saya untuk berjalan dalam pertunjukkan fesyen awak”- Dua Lipa.
Apa-apa pun, Dua Lipa memang cantik sangat dan tahniah untuk debut pertama sebagai model di Versace’s Milan Fashion Week!