Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Penting, Wanita Kena Tahu Tentang Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

by Lisa AG
September 27, 2021
Foto - Hilton Clinics

Foto - Hilton Clinics

54
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Anda pernah dengar tentang masalah hormon wanita ‘Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)’? Masalah hormon ini mengakibatkan wanita mengalami peluang sangat tipis untuk hamil.

Bagi yang kurang familiar, penghidap PCOS memiliki paras hormon lelaki androgen yang lebih tinggi berbanding biasa, disertai kenaikan kadar insulin (hormon yang bantu mengatur gula darah).

Ovari boleh mengembangkan cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.

Punca sebenar PCOS tidak diketahui.

Foto – Klikdokter

Tanda-Tanda PCOS Yang Perlu Beri Perhatian

  • Kitaran haid tidak teratur

Tahap androgen yang tinggi dan insulin berlebihan boleh mengganggu kitaran ovulasi dan haid bulanan, di mana kitaran haid yang tidak teratur, mungkin juga terhenti, atau haid yang berpanjangan, adalah tanda PCOS yang paling biasa.

  • Hormon androgen berlebihan
Foto – Nurse

Tahap peningkatan hormon lelaki boleh menyebabkan tanda-tanda fizikal, seperti pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan terjadinya kondisi hirsutisme dan botak di kepala.

  • Ovari polisistik

Keadaan di mana ovari anda mungkin membesar dan mengandungi folikel yang mengelilingi telur. Akibatnya, ovari mungkin tidak berfungsi dengan kerap.

IKLAN

  • Jerawat dan kulit berminyak
Foto – Women Health

Androgen memainkan peranan penting dalam pembentukan jerawat. Ia menyebabkan kelenjar kulit menghasilkan lebihan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum.

  • Kenaikan berat badan

Wanita dengan PCOS juga mengalami penurunan kepekaan terhadap insulin, yang merupakan hormon yang mengatur gula dalam darah. Hyperinsulinemia yang berkaitan dengan ketahanan insulin boleh menyebabkan kenaikan berat badan, terutama di kawasan perut.

Sangat Tipis Untuk Hamil

Bukan bermaksud anda tidak boleh hamil, tetapi PCOS adalah salah satu penyebab kemandulan pada wanita yang paling kerap berlaku.

Ketidakseimbangan hormon mengganggu pertumbuhan dan pembebasan telur dari ovari (ovulasi). Jadi, bila anda tidak berovulasi, adalah mustahil untuk hamil.

Foto – News

Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai kitaran haid, mengalami kemandulan atau mempunyai tanda-tanda androgen yang berlebihan seperti hirsutisme, jerawat dan botak, rujuklah doktor.

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: hormon wanitamasalah ovaripcospolycystic ovary syndromesindrom wanitawanita hamil
Share22SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

January 4, 2022
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

January 4, 2022
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

January 3, 2022
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

January 3, 2022

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.