Sumpah hairan kenapa wanita Thailand terlalu cantik. Tambah-tambah lagi Urassaya Sperbund dan Davika Hoorne, memang cantik sungguh!
Sebenarnya di sebalik kecantikan mereka ini, ada rahsianya. Nak tahu apakah rahsia tersebut, jangan lupa scroll dan baca sampai habis okay?
Jangan elak sarapan pagi
Jangan hairan kenapa berat badan asyik naik jika kamu selalu elak sarapan pagi. Kalau kamu nak tahu, inilah rahsia utama kenapa wanita Thailand kekal langsing dan cantik sepanjang masa.
Sarapan pagi sangat penting kerana ia bekalkan tenaga sepanjang hari pada badan. Yang paling penting, kamu boleh elak daripada makan terlalu banyak pada waktu makan lain.
Sebelum makan, wajib minum segelas air kosong dulu!
Perasan tak kalau makan sambil minum, perut boleh menjadi buncit atau kembung? Bagi wanita Thailand untuk elak perut menjadi buncit, mereka akan minum segelas air kosong terlebih dahulu.
Tapi kalau ikutkan petua orang-orang dulu untuk menjaga badan agar kekal langsing, mereka akan minum air kosong sekurang-kurangnya 15 minit sebelum makan.
Bila makan kena kongsi
Berbeza dengan negara barat, negara Asia termasuklah Thailand sering makan secara berkumpulan dan berkongsi makanan. Makan bersama-sama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim di antara keluarga dan rakan, tetapi ianya rahsia untuk kekal langsing.
Ini kerana bila berkongsi makanan, kamu akan makan secara sedikit-sedikit berbanding makan sendiri. Tambahan pula, makanan yang dikongsi rasa lebih sedap kan?
Snack time perlu!
Selalunya snack time ini hanya untuk kanak-kanak sahaja, betul tak? Lain pula dengan wanita Thailand kerana mereka juga memerlukan snack time pada waktu sebelum makan tengah hari atau makan malam.
Pentingnya snack time ini pada mereka kerana ia membantu badan untuk berada dalam keadaan kenyang sepanjang hari. Tapi snack time ini bukan sembarangan makanan boleh makan. Dan mereka hanya mengambil buah-buahan sahaja.
Tak lengkap kalau tak makan makanan yang ada rempah ratus
Rempah di sana, rempah di sini, itulah negara Thailand. Tak ada rempah dalam makanan memang rasa tak lengkaplah. Untuk info kamu, rempah ratus dalam makanan bukan sahaja memberi kesedapan, malah ianya dapat mengawal dan membantu badan dan wajah menjadi cantik dan langsing.
Tambahan pula kandungan rempah ratus seperti serai, lengkuas, kunyit, halia dan sebagainya telah terbukti memberikan pelbagai kebaikan pada kesihatan badan sejak dahulu lagi.
Mesti makan makanan segar sahaja
Makanan segar sangat penting bagi wanita Thailand. Ini kerana makanan segar tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau perasa tambahan.
Lagi pun, makanan segar masih mengandungi nutrien dan vitamin. Jadi tak hairanlah kenapa makan makanan segar lebih sedap berbanding makanan yang dibekukan, betul tak?
Oh, patutlah ramai wanita Thailand makin cantik. Lagi satu makin usia meningkat, makin cantik wanita Thailand sampaikan boleh kalah anak dara!