Memang terliurlah bila tengok pelakon dalam K-Drama makan-makanan Korea terutamanya japchae. Nak cari dekat kedai kebanyakannya tak semua menepati citarasa dan imaginasi.
Tapi jangan risau. Entri kali ini, Wanista nak kongsikan satu resepi japchae yang sedap dan mudah untuk dilakukan di rumah. Jom tengok resepi di bawah:
Bahan-bahan:
- Glass noodle
- Pak choy
- Telur
- Lobak merah
- Bawang holland
- Cendawan shitake
- Biji bijan
- Kicap cair / masin – 3 sudu besar *
- Kicap pekat – 3 sudu besar *
- Sos tiram – 2 sudu besar *
- Minyak bijan – 2 sudu besar *
- Gula – 1 sudu besar *
- Garam – 1 sudu kecil *
Cara-caranya:
- Rebus glass noodle selama 5 minit atau sehingga lembut dan toskannya.
- Goreng telur menjadi telur dadar dan potong secara memanjang.
- Pak choy dicelurkan dan dipotong.
- Hiris panjang lobak merah dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
- Bawang holland pula dihiris dan disangai.
- Cendawan shitake perlu dihiris memanjang dan masak.
- Sangai biji bijan sebentar.
- Untuk bahan (*), campurkan kesemuanya dalam kuali dan masak sehingga sebati.
- Ambil campuran sos dimasak dan tuangkan di atas glass noodle. Gaul sehingga sama rata.
- Masukkan campuran sayur dan biji sangai. Gaul sehingga rata dan siap untuk dihidang.
Jadi itulah resepi homemade japchae yang mudah. Yang penting bahan-bahannya tidak rumit seperti yang dibayangkan. Bolehlah kamu sediakannya sambil tonton K-Drama kegemaran kamu.
Happy cooking!