Ingat lagi tak masa zaman kanak-kanak di sekolah rendah kalau milo lori datang, punyalah kita suka. Sanggup menipu beratur berkali-kali semata nak minum air milo lori.
Hari ini, kita cuba buat sendiri air milo tapi sayangnya rasa tidak sesedap milo lori, yang pekat dan manis sesedap rasa, just perfect!
Air milo lori kena ada sukatan air panas dan air sejuk, barulah rasa marvellous!
Ini resepi nak buat air milo sesedap Milo Lori
Campuran susu pekat manis sama ngan susu cair. Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula.
- Foto – FB Air Milo Lori KULIM
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10 sudu besar serbuk milo
- 1/2 liter air panas
- 1/2 liter air sejuk
- 1/2 tin susu cair
- 1/2 tin susu manis
Kacau rata semuanya dengan air panas. Campurkan air sejuk dan masukkan ais batu. Memang kaw kaw.
Selamat mencuba!