Ramai yang tahu sarapan pagi sangat penting terutamanya pada mereka yang sedang berdiet. Walaupun ada kata-kata seperti breakfast like a king, kamu perlu ingat jangan sembarangan makan pula. Malah patuh pada menu sarapan diet supaya usaha kamu tidak sia-sia.
Kali ini penulis nak kongsikan 5 tabiat buruk ketika bersarapan yang sering dilakukan oleh semua orang termasuklah mereka yang diet. Semak di bawah.
#1 Bersarapan makanan segera
Tak dinafikan tiada sesiapa pun yang rajin bangun awal untuk sediakan sarapan pagi. Malah ramai yang lebih memilih untuk pesan atau pandu lalu membeli makanan segera daripada restoran.
Tabiat ini tidak bagus sebenarnya kerana secara tidak langsung kamu boleh mengambil kalori yang lebih banyak daripada makanan tersebut. Jadi mahu tak mahu, kamu kena sediakan sarapan pagi sendiri untuk tidak jejaskan diet kamu.
#2 Elak atau langsung tidak bersarapan
Penulis percaya ramai yang fikir bila diet tak perlulah ambil sarapan kerana berat boleh turun dengan cepat, betul tak? Sebenarnya elak atau tidak langsung bersarapan boleh menyebabkan kamu makan dengan lebih banyak pada waktu lain.
Jadi jangan sesekali elak atau langsung tidak bersarapan kerana waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk kamu makan. Bukan itu sahaja, sarapan pagi dapat bekalkan tenaga yang cukup untuk badan sepanjang hari.
#3 Makan sambil tengok gadget
Berbeza dengan dahulu, kini ramai yang gemar untuk makan sambil menggunakan gadget. Terdedah pada skrin telefon pintar, televisyen dan sebagainya merupakan satu langkah yang salah!
Tabiat ini membolehkan kamu hilang fokus untuk memantau jumlah makanan dan jenis makanan yang dimakan oleh kamu. Malah lebih teruk lagi, kamu akan makan banyak tanpa sedar.
#4 Ambil ketika perut tengah lapar
Eh, bukan ke makan ketika lapar?
Ya memang betul makan ketika lapar. Tetapi jika terlalu lapar ketika bersarapan pagi, kamu berkemungkinan besar akan makan apa sahaja yang terhidang di hadapan mata.
Tidak pedulilah jumlah kalori dan nutrisi makanan yang dimakan itu, usaha diet kamu pasti gagal. Jadi kawal diri ketika makan terutamanya perut sedang lapar okay?
#5 Makan dengan banyak dalam satu masa
Dipetik daripada Mayo Clinic, makan dengan banyak ketika bersarapan boleh menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa sepanjang hari.
Tabiat ini sangat tidak baik kerana badan akan menjadi tidak produktif dan malas untuk lakukan aktiviti. Kesannya, usaha diet kamu akan menjadi gagal.
Ingat sarapan sangat penting untuk mereka yang tengah berdiet. Tapi jangan pula kamu amalkan tabiat buruk di atas ye.