Dibuat dengan 95% retinol tulen yang sesuai digunakan untuk seluruh wajah bagi melicinkan garis-garis halus dan kedutan.
Dengan kemajuan teknologi dan penyelidikan, Laneige memperkenalkan Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face sebagai tambahan terbaru untuk rangkaian anti-penuaan, Perfect Renew.
Kali ini, Laneige menyempurnakan formulasi yang lebih dari sekadar mencegah kedutan, tetapi juga untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan kekencangan kulit.
Bahan Aktif Dan Vitamin Laneige Perfect Renew Youth Retinol
- 95% retinol tulen yang merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan jumlah kedutan dan liang pori.
- 90% French Tripeptide tulen, 3 asid amino penting yang merangsang penghasilan prokolagen pada kulit untuk meningkatkan keanjalan, mengencangkan dan mengangkat kulit.
- 5D Hyaluronic Acid untuk mencegah degradasi kolagen, membantu penyerapan retinol dan menggebukan kulit.
- Foto – Laneige
Untuk faedah pelbagai fungsi maksimum, Perfect Renew Youth Retinol mempunyai tambahan bahan aktif dan vitamin:
- Madecassoside dan Vitamin B5 juga dikenali sebagai Cica, yang membantu menenangkan dan memperbaiki kulit sensitif.
- Tranexamic Acid membersihkan dan mencerahkan kulit.
- Energy-Glyco diekstrak dari akar Wild Butterfly Ginger untuk menjana semula sel-sel penuaan di dalam kulit.
- Vitamin C adalah antioksidan yang baik yang mencerahkan kulit dan berfungsi dengan baik dengan retinol untuk meningkatkan pengeluaran kolagen.
- Vitamin E untuk penghidratan dan pelembapan.
Macam Mana Cara Nak Guna
Sapukan Perfect Renew Youth Retinol ke 8 kawasan kedutan – dahi, antara kening, bawah mata, crow feet, dan sudut dalaman mata, kontur mulut, garis senyum, leher dan bahagian lain yang menjadi perhatian.
- Foto – Laneige
Ujian klinikal mendapati bahawa kedutan di sekitar kawasan mata berkurang sebanyak 34.8% * dan kekencangan kulit meningkat 30.1% * setelah penggunaan selama 4 minggu.
Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream for Face akan tersedia dalam 2 saiz, iaitu Perfect Renew Youth Retinol 30ml – RM295 dan Perfect Renew Youth Retinol 15ml – RM185.
Info lanjut, boleh layari laman web rasmi (laneige.my).