Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

Ikea Dah 25 Tahun, Diskaun Istimewa 25% Diberi Sepanjang September!

by IamLisa
September 17, 2021
Foto - Ikea

Foto - Ikea

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pejam celik pejam celik, tak sangka Ikea dah berusia 25 tahun.

Selama 25 tahun ini, gergasi kelengkapan rumah ini berpegang kepada visi untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik, dengan empat gedung di seluruh negara serta satu laman e-dagang yang berkembang pesat.

Diskaun Istimewa 25% Bagi Produk Terpilih

Bagi menghargai sokongan padu rakyat Malaysia selama ini, IKEA akan menawarkan diskaun istimewa 25% bagi produk terpilih bermula dari 16 hingga 27 September.

Foto – Ikea

Di samping itu, 25% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada komuniti yang terkesan akibat wabak COVID-19, dan akan digunakan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak, serta membangkitkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dan menyantuni komuniti kurang berkemampuan.

Pertandingan Reka Bentuk ‘MY IKEA’ Raikan Warisan Tanah Air

Bagi menyemarakkan ulang tahun, IKEA bergandingan dengan pelukis-pelukis tempatan, Fritilldea dan Asyikin Abdullah bagi mengangkat keunikan warisan budaya Malaysia dan Sweden melalui warna dan kreativiti.

Satu pertandingan reka bentuk ‘MY IKEA’ seluruh negara akan diadakan bagi meraikan kekayaan dan keunikan warisan dewangga etnik dan budaya tanah air kita.

Jadikanlah karya Fritilldea dan Asyikin Abdullah sebagai inspirasi, dan cipta logo “MY IKEA” versi anda sendiri! Serlahkan kreativiti dan berpeluang memenangi kad hadiah berjumlah RM25,000. Seramai 100 pemenang akan dipilih untuk menerima kad hadiah IKEA yang bernilai RM250 setiap orang.

Peraduan akan berlangsung mulai sekarang hingga 27 September. Untuk maklumat lanjut tentang Ulang Tahun Ke-25 IKEA, layari www.IKEA.my/ulangtahun25.

Tags: gedung ikeaikea 25 tahunikea malaysiaKedai PerabotPerabot IKEA
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Youtube
Dekorasi

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Akhirnya saya mempunyai rumah dan hidup sendiri!" Sandara Park, idol yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan salah seorang ahli...

Baca Lagi
Foto - Cosentino
Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

by Sofie Azizlan
November 29, 2021
0

Seiring dengan pelancaran Ethereal by Silestone, syarikat Cosentino telah bekerjasama dengan pereka fesyen dan pengasas Bespoke ID iaitu Melinda Looi....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

by IamLisa
October 28, 2021
0

Merah jambu, warna pilihan si gadis ini bukan sahaja mempunyai ciri sejuk dan lembut malah mampu membuatkan kamar tidur tampil...

Baca Lagi
Foto - FB Tips Hias Rumah
Dekorasi

Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba

by IamLisa
October 5, 2021
0

Bayangkan sedang sedap anda tidur tiba-tiba ada benda patah dan jatuh ke lantai, menakutkan... Wanita yang dikenali sebagai Sarina Basir berkongsi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.